3 Mar 2020

Puding Sagu Pindang Tapai Ubikayu

Puding Sagu Pindang Tapai Ubikayu -

Puding Sagu Pindang Tapai Ubikayu
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 cawan sagu, cuci dan toskan
1 helai daun pandan
1 liter air untuk merebus

Cara-cara :
  1. Rebus air dan daun pandan hingga mendidih.
  2. Keluarkan daun pandan dan masukkan sagu.
  3. Masak hingga sagu menjadi jernih, tos dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.
  4. Toskan sagu dan masukkan ke dalam acuan atau gelas kecil.

Kuah Pindang
6 ketul tapai ubikayu
100 ml santan cair
500 ml santan pekat
1/4 sudu teh garam
80 gm gula pasir atau gula melaka
1 sudu besar tepung beras, larutkan dengan sedikit air

Cara-cara :
  1. Masak santan cair dan gula hingga mendidih.
  2. Masukkan santan pekat, garam dan bancuhan tepung beras.
  3. Masukkan tapai, tutup periuk dan masak sebentar.
  4. Hidang bersama sagu.

Puding Sagu Pindang Tapai Ubikayu


Puding Sagu Pindang Tapai Ubikayu shared from kakwan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;