15 Mar 2020

Chocolate Pistachio Biscotti

Chocolate Pistachio Biscotti -

Chocolate Pistachio Biscotti
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
4 biji telur
1 biji kuning telur
250 gm gula ( 1 1/4 cawan)
2 sudu kecil esen vanilla
220 gm tepung gandum (2 cawan)
50 gm serbuk koko (1/2 cawan)
1 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
150 gm pistachio (1 1/4 cawan)
150 gm chocolate chips (1 cawan)
1/2 cawan tepung gandum untuk taburan

Loyang di alas baking paper
Guna Pisau roti bergerigi untuk menghiris


Penyediaan :
  1. Panaskan oven pada suhu 150C.
  2. Ayak tepung, serbuk koko dan baking powder.  Masukkan garam dan gaul rata.
  3. Kocok telur, kuning telur, gula dan esen vanilla hingga sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit-sedikit dan gaul sebati.
  5. Masukkan pistachio dan chocolate chip dan gaul menjadi doh yang melekit.
  6. Alihkan doh ke atas papan yang di taburi tepung.
  7. Uli doh di atas tepung menggunakan spatula supaya tidak melekat.
  8. Bentukkan memanjang dan bahagi dua.
  9. Setiap roll di bentuk memanjang 2 in lebar dan 12 in panjang.
  10. Sapu dengan putih telur hingga rata.
  11. Oven selama 30 minit.
  12. Angkat dan biar doh suam.
  13. Kemudian potong menyerong 1 cm tebal.
  14. Susun kembali ke dalam loyang.
  15. Bakar semula selama 15 minit.
  16. Simpan dalam bekas kedap udara
  17. Jika ingin tekstur lebih rangup, tambah masa bakar 10 minit lagi.

Chocolate Pistachio Biscotti


Chocolate Pistachio Biscotti shared from kakwan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;