15 Mar 2020

Almond Biscotti

Almond Biscotti -

Almond Biscotti
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
300 gm gula (1 1/2 cawan)
200 gm almond biji (2 cawan)
400 gm tepung gandum (3 cawan)
1 sudu kecil baking powder
1/4 sudu teh garam
1 sudu kecil esen vanilla
4 biji telur
1 kuning telur
1 putih telur untuk sapuan
1 cawan tepung gandum untuk taburan

Tray di alas baking paper


Penyediaan :

  1. Panaskan oven pada suhu 150C.
  2. Ayak tepung dan baking powder.  Masukkan garam dan gaul rata.
  3. Kocok telur, kuning telur, gula dan esen vanilla hingga sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit-sedikit dan gaul sebati.
  5. Masukkan badam dan gaul menjadi doh yang melekit.
  6. Alihkan doh ke atas papan yang di taburi tepung.
  7. Uli doh di atas tepung menggunakan spatula supaya tidak melekat.
  8. Bentukkan memanjang dan bahagi dua.
  9. Setiap roll di bentuk memanjang 2 in lebar dan 12 in panjang.
  10. Sapu dengan putih telur hingga rata.
  11. Oven selama 30 minit hingga atasnya sedikit perang.
  12. Angkat dan biar doh suam.
  13. Kemudian potong menyerong 1 cm tebal.
  14. Susun kembali ke dalam loyang.
  15. Bakar semula selama 15 minit.
  16. Simpan dalam bekas kedap udara.


Nota :  Jika ingin tekstur lebih rangup, tambah masa bakar selama 10 minit lagi.

Almond Biscotti




Almond Biscotti shared from kakwan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;