5 Mar 2020

Sup Cendawan Teh Hijau

Sup Cendawan Teh Hijau -

Sup Cendawan Teh Hijau
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 liter air rebusan ayam
1 uncang teh hijau
2 ulas bawang putih, ketuk
3 hiris halia
1 sudu besar goji berry
1/2 batang carrot, potong
2 tangkai daun sup, hiris
10 cendawan butang atau shitake
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil serbuk pati ayam

Hirisan daun sup dan bawang goreng untuk taburan

Penyediaan :
  1. Masak air rebusan, carrot, bawang putih dan halia hingga mendidih.
  2. Masukkan uncang teh, goji berry dan cendawan butang.
  3. Masak seketika dan keluarkan uncang teh.
  4. Perasakan dengan garam, serbuk lada sulah dan pati ayam.
  5. Akhir sekali masukkan hirisan daun sup.
  6. Hidang dengan taburan bawang goreng dan daun sup.
Nota :
Air rebusan ayam boleh di sediakan dari air kukusan ayam atau merebus tulang ayam, kaki dan leher.
Tapis dan buang kotoran, ambil air rebusan untuk membuat sup.

Sup Cendawan Teh Hijau





Sup Cendawan Teh Hijau shared from kakwan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;