Kuih Bakar Crabstik -
Kuih Bakar Crabstik
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan A :
1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu kecil serbuk bawang putih
2 biji telur
1/2 cawan yogurt asli
1 cawan air
Bahan B :
2 cendawan butang, hiris nipis
10 helai daun bayam, hiris kasar
6 biji tomato ceri belah 2
4 batang crabstick, potong kasar
1 keping nori potong kecil
1 sudu besar bawang goreng
Hirisan Daun bawang, dan cili merah untuk hiasan
Acuan muffin di gris sedikit minyak
Penyediaan :
- Satukan bahan A ke dalam pengisar dan kisar halus.
- Alihkan bancuhan ke dalam jug kecil.
- Tuang 1/2 bancuhan tepung ke dalam acuan.
- Masukkan hirisan bahan-bahan B.
- Tabur hirisan daun bawang dan cili merah.
- Bakar pada suhu 180C selama 20 minit.
- Hidang dengan sos kegemaran.
Kuih Bakar Crabstik
Kuih Bakar Crabstik shared from kakwan
Republish by
The CC Resepi