11 Apr 2020 0 comments

Puding Coklat Santan

Puding Coklat Santan -

Puding Coklat Santan
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-Bahan
250 ml santan Ayam Brand Light
250 ml air
100 gm susu pekat manis (4 sudu besar)
50 gm gula perang (3 sudu besar)
8 gm serbuk agar-agar (3 sudu teh)
25 gm serbuk coklat (1 sudu besar)
50 gm coklat coin atau coklat masakan gelap

Penyediaan :
  1. Satukan air, gula dan serbuk agar-agar, masak hingga mendidih.
  2. Masukkan santan dan susu pekat, kacau rata.
  3. Biar mendidih seketika, masukkan coklat coin.
  4. Tutup api, kacau hingga coklat larut. 
  5. Tuang ke dalam gelas atau acuan.
  6. Simpan dalam peti sejuk hingga beku.
  7. Hidang dengan potongan buah-buahan.
Puding Coklat Santan


Puding Coklat Santan shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
10 Apr 2020 0 comments

Sardin Sambal Tomyam

Sardin Sambal Tomyam -

Sardin Sambal Tomyam
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 tin Mackerel atau Sardin
1 sudu besar cili kisar
1 batang serai, di titik
1/2 cawan air
3 helai daun limau purut, ramas2
2 helai ketumbar siam, jika ada
1 labu bawang besar, potong baji
1 biji tomato, belah 4
1 sudu besar pes Tomyam thai
4-5 tangkai cili padi (ikut kepedasan)
1 biji limau nipis, ambil jusnya
2 sudu besar minyak untuk menumis

Penyediaan :
  1. Tumis cili kisar dan serai hingga naik bau.
  2. Masukkan pes tomyam dan sardin bersama kuahnya.
  3. Masukkan air, bawang, daun limau purut, cili padi dan ketumbar siam.
  4. Akhir sekali masukkan tomato dan perahan jus limau, biar mendidih sebentar.
  5. Perasakan sedikit garam.

Sardin Sambal Tomyam


Sardin Sambal Tomyam shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;