17 Jun 2020 0 comments

Old Town Cha Ba Ang

Old Town Cha Ba Ang -

Old Town Cha Ba Ang
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
4 sachet OLD TOWN White Milk Tea
1 cawan air panas
secubit garam
3 sudu besar biji selasih, rendam hingga kembang
1 blok cincau, potong kecil
Ais secukupnya

Penyediaan :
  1. Bancuh teh dengan air panas dan garam hingga larut.
  2. Simpan dalam peti ais hingga sejuk.
  3. Masukkan biji selasih dan cincau ke dalam jug atau gelas.
  4. Tuang bancuhan teh dan tambah ais hingga penuh.
  5. Kacau dan sedia di minum.

Old Town Cha Ba Ang


Old Town Cha Ba Ang shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
16 Jun 2020 0 comments

Rendang Cendawan Tiram

Rendang Cendawan Tiram -

Rendang Cendawan Tiram
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
300 gm cendawan tiram
200ml santan (1 paket santan)
1/2 cawan air asam jawa cair
1 sudu besar kerisik
1 helai daun kunyit, hiris halus
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan Kisar
2 sudu besar cili kisar
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang serai
2 cm kunyit hidup
2 cm lengkuas
3 cm halia

Cara membuatnya:
  1. Cuci cendawan dan toskan hingga kering.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  3. Masukkan santan dan biar mendidih.
  4. Masukkan air asam jawa dan kerisik.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Apabila hampir pekat, masukkan hirisan daun kunyit.
  7. Akhir sekali masukkan cendawan.
  8. Kacau hingga hampir kering.

Rendang Cendawan Tiram


Rendang Cendawan Tiram shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;