Ayam Kari Kapitan
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
500 gm ayam, potong sedang
1 cawan pati santan
1/2 cawan air
1 biji tomato, belah 6
1 sudu besar jus limau nipis
4 helai daun limau purut, ramas
1 helai daun pandan, simpul
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1/4 cawan minyak masak
Bahan Kisar
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 tangkai cili merah
4 sudu besar cili kisar
2 batang serai, ambil bahagian putih
Penyediaan :
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
- Masukkan ayam, daun limau dan daun pandan.
- Gaul dan masak hingga ayam berubah warna.
- Tambah santan dan air, reneh hingga kuah hampir pekat.
- Perasakan dengan garam, gula dan jus limau.
- Masukkan tomato, masak sebentar dan angkat.
Ayam Kari Kapitan
Ayam Kari Kapitan shared from kakwan
Republish by The CC Resepi