17 Sept 2020 0 comments

Jus Tembikai Longan

Jus Tembikai Longan -

Jus Tembikai Longan
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
Tembikai, potong kecil
Longan segar atau longan tin, asing kan sirapnya
Ketulan ais secukupnya

Penyediaan :
Kisar tembikai hingga halus.
Masuk ke dalam gelas, tambah isi longan.
Tambah ais secukup dan sedia di minum.

Jus Tembikai Longan



Jus Tembikai Longan shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Nasi Ulam Diraja Chef Wan

Nasi Ulam Diraja Chef Wan -

Nasi Ulam Diraja Chef Wan
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan memasak nasi

2 cawan Beras Sultan Basmathi 1121
2 cawan santan cair
2cm halia (dititik)
3 helai daun salam
3 helai daun limau purut
1 batang serai (dititik)
2 sudu kecil kunyit

Bahan-bahan Nasi Ulam
4 sudu besar sambal belacan
1 cawan budu
½ cawan udang kering
10 ulas bawang merah (dihiris)
3 cawan kelapa goreng
2 biji telur masin (kuning diasingkan dan didadu kecil)
100 gram ikan Kurau masin (dibakar dan ditumbuk)
4 ekor ikan Kembong (digoreng, diambil isinya dan disiat-siat)
3 cawan Minyak Masak ERA (untuk menggoreng ikan Kembong)
1 batang serai (dihiris)
Bawang goreng
6 tangkai ulam pelbagai jenis diracik halus seperti

Daun Pegaga
Pucuk Selom
Ulam Raja
Pucuk Kadok
Daun Beluntas
Limau Purut
Bunga Kantan
Daun Kesom
Pucuk Gajus
Daun Pudina

Cara-cara memasak nasi

1. Di dalam periuk, masukkan kesemua bahan dan tanak nasi seperti nasi putih. Tambah sedikit air jika perlu.
2. Sejukkan nasi sebelum digaul dengan bahan-bahan ulam

Cara-cara membuat Nasi Ulam
1. Tambahkan sambal belacan dan budu. Kemudian gaul rata.
2. Masukkan kuning telur masin, ikan Kembong, ikan masin, kelapa goreng, serai, udang kering, bawang dan halia. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
3. Masukkan ulam-ulam pilihan.
4. Tambah bawang goreng dan gaulkan. Sedia untuk dihidang.


Nasi Ulam Diraja Chef Wan


Nasi Ulam Diraja Chef Wan shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;