Karipap Cendawan
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Doh Karipap :
Doh Karipap :
500 gm Tepung Gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu makan Marjerin
1 sudu kecil garam
170 ml air ais
1 sudu besar air kapur jernih
Penyediaan :
- Cairkan minyak, marjerin dan garam.
- Tuangkan ke dalam tepung, gaul rata.
- Apabila sejuk, gaul sebati dengan tangan.
- Masukkan air kapur dan air ais sedikit-sedikit.
- Uli hingga menjadi doh yang lembut.
- Canai nipis dan potong bulat.
- Isikan inti cendawan dan klim tepinya hingga tertutup.
- Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan.
200 gm isi ayam cincang
2 tin cendawan butang, potong dadu
1 labu bawang besar, potong dadu
2 ulas bawang putih, cincang
3 sudu besar rempah kurma
2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu teh garam
1 tangkai daun sup, hiris kasar
Penyediaan Inti :
Penyediaan Inti :
- Panas minyak, tumis bawang besar, bawang putih hingga kekuningan.
- Masukkan rempah dan isi ayam. kacau hingga masak.
- Tuang sedikit air dan perlahan api hingga rempah garing dan masak.
- Masukkan cendawan, gaul rata.
- Perasakan dengan serbuk lada hitam, lada putih dan garam.
- Akhir sekali, masukkan daun sup.
- Sejukkan dahulu sebelum di isi dalam doh karipap.
Karipap Cendawan
Karipap Cendawan shared from kakwan
Republish by The CC Resepi