Bahan Popia Goreng Berapi
Kulit popiah secukupnyaMinyak untuk menggoreng
1 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar air dibancuh sebagai gam kulit popiah
Bahan Inti Popia Goreng Berapi
200 gm udang dihiris kecil1 batang carrot kecil disagat atau dipotong halus
1 mangkuk kobis diracik halus
5 batang kacang panjang dipotong halus
1 tangkai cili merah dihiris halus
1 labu bawang besar diracik
1 ulas bawang besar
1 sudu besar minyak
Garam
Cara Menyediakan Popia Goreng Berapi
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
- Masukkan udang dan carrot, Kacau rata.
- Masukka kobis, kacang dan garam. Kacau rata.
- Bila sayur telah lembut tutup api dan tapiskan supaya kuahnya turun kedalam mangkuk.
- Bubuh inti popiah ditengah kulit popiah dan gulungkan sehingga hujung saperti gulungan kueh gulung atau ketayap.
- Gamkan hujung dengan bancuhan tepung tadi.
- Goreng dalam minyak yg banyak dan sederhana panas.
- Bila telah kekuningan boleh angkat dan toskan minyak.
- Hidangkan dengan kuah cili sos.
Cili untuk Popia Goreng Berapi
Bahan Cili Popia Goreng Berapi
2 sudu besar cili mesin1 ulas bawang putih ] tumbuk hancur
2 sudu besar cili sos
2 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
3 sudu besar minyak
Garam
Bijan jika suka
Cara Penyediaan Cili Popia Goreng Berapi
- Tumiskan cili dan bahan lain. Masakkan sehingga pekat.dan naik minyak.
- Masukkan popiah goreng tadi dan taburkan bijan.
- Kacau rata dan angkat.
- Hidangkan.