21 Jan 2014

Pokok buah avocado di laman Nannie

Pokok buah avocado di laman Nannie -

Saya cukup suka rasa buah avacado yg lemak sedikit manis cukup . Buah avacado ni sedap dimakan sebagai salad atau diguna sebagai filling sandwich . Harga buah avocado ni agak mahal tapi kadang-kadang saya dapat juga beli buah avacado yg murah bila hypermarket giant ada buat promosi . Buah avacado ni memang senang kita nak jumpa especially di hypermarket . Tahun lepas masa baru pindah ke rumah kami ni saya beli 2 pokok avacado . Masa tanam pokok avacoda ni saya macam 50-50 saja sebab anak pokok avacado tu tinggi 1 kaki dan kecil saja batang pokok sebesar pencil . Pokok avacado ni asal dari indonesia dan memang boleh hidup dalam cuaca panas lembab di negara kita ni . Masa tanam pokok avacado ni saya memang berharap sangat pokok avacado dapat hidup subur . Saya jaga pokok avacado ni sama macam pokok buah lain , diberi baja , disiram air secukupnya dan alhamdulillah lepas 8 bulan pokok avacado saya dah 4 kaki tinggi , happy laaa . Pokok buah avacado saya ni disemai dari biji benih so kena tunggu dalam 4-5 tahun untuk pokok ni berbuah insyallah kami akan sabar tunggu untuk tengok sendiri buah avacado berjambak-jambak di dahan pokok buah avacado ni ^_^




Masa musim hujan hujung tahun lepas pokok avacado ni cepat membesar dan skrg ni dah 4 kaki tinggi , semoga pokok avacado saya ni akan terus hidup subur dan akan berbuah bila sampai masanya , amin .










Pokok buah avocado di laman Nannie shared from Nannie

Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;