5 Feb 2015

LAKSA JOHOR

LAKSA JOHOR -



Bahan A :


  • 1 kg ikan kembung -direbus & diambil isinya

  • 500 gram ikan parang / ikan tenggiri -direbus & ambil isinya

  • (ambil air rebusan ikan) - sebahagian utk mengisar bahan A, sebahagian lagi utk dicampur ke dalam kuah laksa)

  • 500 gram udang basah -direbus dan diambil isinya

  • (air rebusan udang: basuh & goreng sikit kulit udang barulah direbus kulit itu dgn 1 mangkuk besar air)

  • 3 keping ikan kurau masin

  • 4 sudu besar udang kering } direbus bersama udang basah

  • 1 genggam ikan bilis} direbus bersama udang basah

  • Kesemua Bahan A dikisar menggunakan air rebusan ikan tadi.


Bahagian B :


  • 20 tangkai cili kering

  • 15 ulas bawang merah

  • 10 ulas bawang putih

  • 10 batang serai

  • 4 cm halia

  • 4 cm lengkuas

  • 2 cm kunyit

  • 1/2 keping belacan

  • 9 sb ketumbar

  • 3 sb jintan putih

  • 3 sb jintan manis

  • 1 peket kecil kerisik ( saya tambah sendiri )


Kesemua bahan B di atas dikisar halus. Bahan C :


  • 1 kepal/genggam asam jawa

  • 1 cawan air - air asam jawa

  • (kalau tak mahu guna asam jawa boleh guna asam keping 5-6 keping atau ikut rasa masam masing-masing)

  • 2 biji kelapa parut - diambil santan pekatnya (boleh gunakan santan kotak)

  • 3 sb gula melaka

  • 1 mangkuk besar air rebusan udang dan air rebusan ikan (ikut kepekatan masing-masing)

  • ajinomoto, gula, garam secukup rasa

  • 1 paket rempah kari ikan (jika suka)

  • Minyak secukupnya untuk menumis

  • Spaghetti :

    Direbus (dipintal menjadi seperti nombor 8)

  • Ulam-ulaman laksa :

  • limau kasturi, taugeh, bawang besar, daun kesum, daun selasih, timun, jeruk chaipo (lobak asin) dan sambal belacan ( campur lada merah hidup, cili kering yang telah direbus, belacan & garam - kisar guna pengisar kering)


Cara menyediakannya:

1. Panaskan minyak, kemudian tumiskan Bahan B hingga wangi.

2. Kemudian masukkan Bahan A dan kacau rata.

3. Masukkan Bahan C dan kacau rata.

4. Didihkan dan masak sehingga molek pekatnya. Kepekatan kuah adalah mengikut citarasa masing-masing.

5. Apabila kuah telah masak, hidangkan bersama spaghetti serta ulam-ulamannya.



LAKSA JOHOR shared from shaed

Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;