20 May 2015

kek coklat pisang

kek coklat pisang -
Jumpa resepi kek ni di joyofbaking.com , senang dimasak dan sangat sedap kek ni . anak-anak saya suka sangat makan kek ni alhamdulillah ^_^ Kek ni boleh dihias dgn coklat ganache atau dimakan begitu sahaja .


BAHAN A - diayak :

245 grm tepung gandum
400 grm gula
75 grm serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate
1/2 sudu kecil garam

BAHAN B:

2 biji telur grade A
1/2 cwn minyak sayur
1 cwn air suam
1/2 susu 
1 sudu kecil esen vanilla


Saya ubah sikit resepi mengikut selera kami . Saya hanya guna 1 sudu kecil soda bikarbonat dan 1 sudu baking powder , utk resepi asal kek boleh klik link - http://www.joyofbaking.com/ChocolateBananaCake.html

Cara Membancuh adunan :

Re-heat oven pada suhu 180'C 

Ayak semua bahan A dan ketepikan dulu kemudian campur semua bahan B dalam mangkuk dan digaul rata ( masukkan 2 biji telur dulu dalam mangkuk dan pukul sekejap saja macam nak buat telur dadar ) . 

Masukkan sedikit demi sedikit semua bahan B ke dalam bahan A dan terus gaul bagi semua bahan sebati , boleh juga digunakan whisk untuk kacau semua bahan ni ) . Bila sudah digaul rata boleh la dimasukkan adunan dalam loyang pembakar yang sesuai dan bakar adunan kek selama 40-45 minit ataua sehingga kek masak . Bila kek dah masak boleh la sejukkan dulu sebelum kek dihias .


kek coklat pisang shared from Nennie
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;