Pada hari raya ke 3 mak mertua saya masak rendang kari arnab ni yang sememang sangat sedap . Bapa mertua saya bela banyak ekor arnab dan setiap kali kami serta adik-beradik lain balik kampung bapa mertua akan sembelih 3 ke 4 ekor arnab . Daging arnab ni sangat-sangat sedap kerana dagingnya padat , manis dan tanpa lemak . Rasa daging arnab macam ayam kampung . Daging arnab adalah daging yang paling baik sebab tiada lemak . Selalunya daging lembu , kambing dan daging arnab akan di masak rendang kari ni , sangat sedap , alhamdulillah .
BAHAN-BAHAN:
3 ekor arnab dewasa
santan secukupnya - sehingga menutupi ketulan isi arnab dalam kuali
10 batang serai- dititik
4-5 sudu besar kerisi
2 peket kecil serbuk kari daging Adabi
4 tangkai daun kari
2 inci kayu manis
4 biji bunga lawang
5 biji bunga cengkih
6 biji buah pelaga

BAHAN DIRACIK KECIL:
3 inci halia
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
CARA-CARA MEMASAK :
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
CARA-CARA MEMASAK :
1) Bersihkan daging arnab , tos dan ketepikan dulu . Panaskan 5 sudu besar minyak masak dalam kuali kemudian tumis semua bahan yang diracik dan kacau sampai terbit bau dan bawang menjadi layu . Masukkan semua daun kari , kayu manis , bunga lawang , bunga cengkih dan buah pelaga dalam kuali dan kacau lagi . Bancuh semua rempah kari dengan sedikit air dalam mangkuk yang sesuai dan masukkan semua rempah dalam kuali tadi dan di kacau rata .
2) Masak rempah sampai terbit minyak dan rempah jadi wangi kemudian masukkan semua daging arnab . Masukkan serai , gaul semua bahan dan biarkan sampai mendidih daging arnab mengeluarkan air , kacau semua bahan sampai air daging arnab jadi sikit . Masukkan santan secukupnya , garam secukup rasa serta kerisik , kacau semua bahan sampai daging arnab masak serta sebati dengan kuah .
) Jika kurang masin boleh tambah lagi garam . Biar kuah mendidih dan menjadi pekat , boleh la ditutup api dapur dan dihidang .
Selepsa rempah ditumis dan pecah minyak baru dimasukkan daging arnab serta digaul rata . Daging arnab akan mengeluarkan air , masak sampai kering air . Daging arnab perlu dikaup balik . Bila air dah kering baru dimasukkan santan .
Santan dimasukkan secukupnya sehingga menutup daging arnab . Masak sampai santan menjadi pekat dan daging arnab masak empuk .

Rendang kari - juadah hari raya ke - 3 shared from Nennie
Republish by The CC Resepi
0 comments:
Post a Comment