3 Aug 2015

Kerabu pucuk-paku & taugeh

Kerabu pucuk-paku & taugeh -
Alhamdulillah sedapnya kerabu pucuk-paku ni , puas hati bila dapat buat kerabu sendiri . Kita masak sendiri terjamin kebersihan dan kesedapannya . Masak la sendiri apa saja makanan yang kita nak nak makan dan nak bagi suami serta anak-anak makan . Besar pahala bagi seorang ibu/iteri yang menyedia dan masak makanan untuk keluarganya . Amalkan baca bismillah dan selawat setiap kali kita nak mula masak insyallah Allah berkati setiap aktiviti masakan yang kita lakukan . Masak masak berdoa la perkara yang baik supaya makanan yang kita amsak dan dimakan oleh kita dan keluarga menjadikan diri kita sihat supaya kita dapat menjalani/melakukan aktiviti serta beribadah dengan lebih baik kerana Allah Taala .


BAHAN-BAHAN :

2 ikat pucuk paku
2 cawan taugeh
1 biji bawang merah besar
1 tangkai lada merah
5 sudu besar udang kering - rendam sekejap
1 biji limau kasturi - boleh ditambah atau dikurangkan
Sedikit belacan
Kerisik secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi.

CARA PENYEDIAAN:

Bersihkan pucuk paku dan ambil bahagian pucuk yang muda kemudian celur pucuk paku ini sampai layu . Bersihkan taugeh dan celur kejap dalam 20 saat saja . Tos pucuk paku dan taugeh serta ketepikan dulu .

Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu .Tumbuk udang kering dengan belacan dan cili merah sampai lumat , perah limau kasturi dan ambil jusnya.

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata . Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.



Kerabu pucuk-paku & taugeh shared from Nennie
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;