Fresh Fruit Tart
Resipi : Chef As
Sumber : FB
Bahan Tart
150g tepung gandum
25g gula halus
70g mentega sejuk - potong dadu
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla
Bahan Kastard
1 cwn susu segar@sejat
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar mentega
Hiasan : Hirisan buah strawberry,kiwi,blueberry atau yang disukai
Cara Buat Pastry
1. Gaul tepung, gula dan mentega hingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Tuang esen vanilla dan telur, gaul menjadi doh.( rehatkan sekejap )
3 .Ambil sedikit doh dan tekan dalam acuan tart. Kemaskan doh dalam acuan dan cucuk tengah doh dengan garfu.
4. Bakar 180'c selama 25 minit.( ikut oven masing2 )
5 Biarkan sejuk baru keluarkan dari acuan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Cara Buat Kastard
1. Satukan semua bahan kecuali mentega dan esen vanilla dalam periuk.
2. Kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak dengan api kecil hingga pekat, kacau selalu.
3. Matikan api,masukkan esen vanilla dan mentega,kacau rata.( ketepikan dan biarkan sejuk )
Cara Hias
Masukkan kastard dalam piping bag. Picit ke dalam kulit tart, hias dengan hirisan buah-buahan. Boleh dihidang terus atau di simpan dalam chiller.
Fresh Fruit Tart
Fresh Fruit Tart shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments:
Post a Comment