Stew Daging / Beef Stew
Resipi : Lya Uzir Creative Living FB
di cuba oleh Resipicitarasawan
Bahan-bahan:
1/4 cawan + 1 sudu besar tepung serbaguna
Garam
Lada hitam yang ditumbuk kasar
1.5 kg daging lembu
3 sudu besar minyak masak
1 labu bawang besar- di cincang kasar
2 sudu besar pes tomato
4 cawan air
2 kiub stok daging
2 helai daun bay
4 tangkai daun thyme (jika tiada boleh guna yang kering)
3 batang carrot- dipotong
3 batang daun celery medium- dipotong
4 biji kentang- dipotong empat atau dua
1 cawan kacang peas dalam tin
Cara membuatnya:
1. Campurkan tepung bersama 2 sudu kecil garam serta lada hitam, gaul sebati.
2. Potong daging seperti kiub sebesar 1 atau 1 1/2 inci. Kemudian gaulkan daging bersama tepung tadi.
3. Panaskan minyak. Toskan daging daripada tepung tadi dan masukkan kedalam periuk. Goreng sehingga keperangan, angkat dan ketepikan.
4. Menggunakan periuk yang sama, masukkan pula bawang besar, sedikit garam dan serbuk lada hitam. Tumis sehingga layu. Kemudian masukkan pes tomato, dan gaul sehingga sebati.
5. Masukkan 1 sudu besar tepung dan kacau sebati. Masak selama 2-3 minit supaya tepung itu betul-betul masak.
6. Kemudian masukkan daging, air, kiub stok lembu, daun bay dan daun thyme. Tutup periuk dengan penutup dan masak dengan api yang sederhana. Biarkan ianya mereneh selama 1 jam atau sehingga daging empuk. Tambah air jika perlu
7. Setelah daging empuk, masukkan sayur- sayuran dan ubi kentang. Masak sehingga empuk. Setelah itu masukkan kacang pis dan perasakan secukupnya dengan garam dan lada hitam.
Stew Daging / Beef Stew
Stew Daging / Beef Stew shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments:
Post a Comment