Ayam Black Pepper
Bahan-bahan
5 ketul ayam
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada hitam kasar
- Gaul bersama ayam dan perap selama 30 minit.
Sos Black Pepper
6 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - dihiris
1 sudu serbuk lada hitam kasar
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
5 biji cendawan butang - dihiris
1/2 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
Garam dan gula
Minyak untuk menumis
Cara Penyediaan :
1. Goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam hingga naik bau. Masukkan cendawan dan biarkan sebentar.
3. Masukkan sos tiram, kicap manis, air dan bancuhan tepung jagung. Masak sebentar hingga nampak pekat.
4. Masukkan ayam yang di goreng dan gaul hingga rata.
5. Perasakan dengan secubit garam dan sedikit gula
Ayam Black Pepper shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments:
Post a Comment