Puding Lapis Avocado
Bahan A
10gm serbuk agar-agar
200gm avocado - kisar halus dengan 1 sudu besar gula pasir
600 ml susu segar
100gm gula pasir
Bahan B
20gm serbuk agar-agar
1200ml susu segar
200gm gula pasir
1 biji kuning telur - pukul ringan
pewarna pink
Acuan atau loyang 8in - basahkan terlebih dahulu
Penyediaan :
1. Bahan A : Satukan susu, gula dan serbuk agar-agar ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. Matikan api dan masukkan pes avocado, whisk hingga rata. Ketepikan.
2. Bahan B : Satukan semua bahan B dan masak hingga mendidih. Bahagikan kepada 2 bahagian, satu warna asal dan satu lagi di letak pewarna pink.
3. Tuang lapisan avocado, biarkan hampir beku, tuang lapisan putih.
4. Bila lapisan putih hampir beku, tuang lapisan pink. Simpan di dalam peti sejuk hingga mengeras.
Puding Lapis Avocado
Puding Lapis Avocado shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments:
Post a Comment