Daging Masak Merah
Resepi Oleh :Dyna@My Resepi
Sumber : Azlita Aziz@Masam Manis
Bahan-bahan
500 gm daging ~ dipotong nipis dan di rebus dengan pewarna merah hingga lembut
1 biji bawang besar ~ di hiris
1 biji capsicum hijau ~ di potong
1 cm halia ~ di ketuk
2 ulas bawang putih ~ di ketuk
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
Hiasan
daun sup
daun bawang
kacang buncis
Penyediaan :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum
Masukkan cili sos, tomato sos dan sos tiram. Jika terlalu kering tambahkan air rebusan daging
Perasakan dengan garam.
2. Masukkan daging rebus dan biarkan merenih dan kuah sedikit pekat. Akhir sekali masukkan capsicum, kacang buncis, daun sup dan daun bawang. Angkat dan sedia dihidangkan
Daging Masak Merah
Daging Masak Merah shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments:
Post a Comment