6 May 2020

Serimuka Pandan Bunga Telang

Serimuka Pandan Bunga Telang -

Serimuka Pandan Bunga Telang
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Lapisan Bawah :
500 gm beras pulut
300 ml santan pekat
200 ml air
2 sudu kecil garam halus

Lapisan Atas :
120 gm tepung gandum
200 gm gula kaster
3 biji telur B
200 ml santan pekat
300 ml air daun pandan (10 helai pandan, kisar)
1/4 teh garam

40 kuntum bunga telang
(Rebus dengan 1 cawan air), sejukkan

Loyang 10", di oles minyak, alas plastik tahan panas.

Cara-cara :

Lapisan Bawah

  1. Cuci beras, toskan.
  2. Ambil 1/3 pulut, rendam dengan air telang.
  3. Bakinya rendam dengan air biasa selama 4 jam.
  4. Toskan dan letak pulut biru dan putih bersebelahan dalam loyang.
  5. Satukan santan, air dan garam. Kacau rata.
  6. Tuang santan ke atas pulut, goyangkan loyang supaya rata.
  7. Kukus selama 1/2 jam hingga masak.
  8. Angkat dan gemburkan pulut dengan garpu hingga bercampur.
  9. Mampatkan dengan penekan hingga rata.


Lapisan Atas :

  1. Sebatikan semua bahan lapisan atas dengan whisk.
  2. Tapis ke dalam kuali, masak hingga naik wap sahaja.
  3. Tuangkan ke dalam lapisan bawah.
  4. Tutup loyang dengan aluminium foil
  5. Kukus 1/2 jam lagi.
  6. Sejukkan dahulu, potong dengan pisau plastik.

Serimuka Pandan Bunga Telang


Serimuka Pandan Bunga Telang shared from kakwan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;