3 Jul 2013 2 comments

Resepi Kek Lapis Dua Rasa

Resepi Kek Lapis Dua Rasa -
Panduan Hidangan Istimewa Resepi Kek Lapis Dua Rasa yang juga dikenali Kek Masam Manis Berlapis. Cara menyediakan Kek Lapis Dua Rasa dan Panduan Hidangan Kek Paling Sedap. Resepi Kek Lapis Dua Rasa, Citarasa Moden dan Terkini. Merujuk Buku Koleksi Resepi Baru 2013 Kek dan Kuih Muih Tradisional dengan sentuhan Moden. Dengan rasa hormat dan gembira, terimalah Resepi Kuih dan Kek Lapis Dua Rasa untuk dinikmati seisi keluarga. 

Resepi Kek Lapis Dua Rasa
Resepi Kek Lapis Terkini

Bahan-Bahan Kek Lapis Dua Rasa

  • 20 bungkus asam manis (bentuk bulat warna merah)
  • 300 gram serbuk roti atau Biskut Marrie (ikut suka jenis roti)
  • 200 gram gula halus
  • 10 biji telur ayam (asing putih dan kuning)
  • 400 gram buttercup
  • 1 tin susu pekat
  • Serbuk koko

Cara Menyediakan Kek Lapis Dua Rasa

  1. Putih telur dipukul bersama gula hingga kembang dan Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit.
  2. Dalam bekas lain pukul mentega bersama susu pekat hingga kembang.
  3. Masukkan adunan telur ke dalam mentega tadi dan serbuk roti, kacau hingga sebati.
  4. Bahagi kepada 2 adunan, satu di biarkan dan satu di masukkan serbuk koko atau perwarna.
  5. Loyang dipanaskan dan masukkan satu senduk adunan koko dan kukus hingga masak.
  6. Susun asam manis di atas lapisan tadidan masukkan adunan kedua.
  7. Masak hingga habis, seakan sama seperti membuat kuih lapis.

Tips Resepi Kek Lapis

Loyang Hitam digunakan untuk hasilkan Kek Lapis terbaik
Penutup Periuk dibalut dengan Aluminium Foil agar atas Kek Lapis tidak lembab

Koleksi Resepi Kek Melayu Tradisional

Cara menyediakan Kek dan Kuih Muih Tradisional Tempatan. Resepi Kek Lapis Dua Rasa atau Kek Masam Manis Berlapis. Masakan Kuih Muih Tempatan dan Tips Resepi. Panduan Hidangan Kek Lapis Dua Rasa. Selamat mencuba. #Resepi #Kek #Kuih 
2 Jul 2013 0 comments

Resepi Kuih Bahuwa

Resepi Kuih Bahuwa -
Panduan Hidangan Istimewa Kuih Bahuwa yang juga dikenali Kuih Bahulu Terengganuen. Cara menyediakan Kuih Bahulu Terengganuen Kuih Bahuwa dan Panduan hidangan Kuih Muih Tradisional. Resepi Kuih Bahuwa Citarasa Terkini. Merujuk Buku Koleksi Resepi Baru 2013 Kuih Muih Tradisional sentuhan Moden.

Resepi Kuih Bahuwa

Bahan-bahan Resepi Kuih Bahuwa

6 biji telor ayam
1 1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan tepung gandum
1 camca teh esen vanila
1 camca teh bikarbonat soda
secubit garam

Cara Menyediakan Kuih Bahuwa 

Telur dan gula dipukul dengan menggunakan mixer sehingga kembang. Kemudian dicampurkan pula esen vanila dan garam. Setelah rata campurkan pula tepung yang telah diayak bersama bikarbonat soda sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga rata. Jika suka boleh juga dicampurkan sedikit esen hijau.

Kemudian bolehlah dibakar kedalam ketuhar yang telah dipanaskan 200C terlebih dahulu selama 30-40 minit. Sedap dimakan ketika panas.

Koleksi Kuih Muih Tradisional

Cara menyediakan Kuih Muih Tradisional Tempatan. Resepi Kuih Bahulu Terengganuen atau Kuih Bahuwa. Masakan Kuih Muih Tempatan. Panduan Hidangan Kuih Bahulu Terengganuen Kuih Bahuwa. Selamat mencuba.


 
;