24 Apr 2014 0 comments

Pokok kobis di laman

Pokok kobis di laman -
Saya share gambar pokok sayur kobis dari awal saya tanam dalam pasu sehingga la yang terkini . Alhamdulillah so far so good bahagian tengah pokok kobis ni dah mual menjadi bulat . Insyallah dalam sebulan lagi saya boleh petik sayur kobis ni .


Masa ni pokok kobis baru berumur beberapa minggu , saya tanam dalam pasu .




Ni gambar pokok kobis saya pada hujung bulan 3. Akar pokok kobis ni dah penuh pasu jadi pokoknya dah tak mau besar . Saya alih tanam ke tanah supaya pokok kobis dapat hidup dengan lebih sihat .







Gambar pokok kobis yang baru saya ambil semalam , bahagian tengah dah mula membentuk menjadi ketulan sayur berlapis-lapis , insyallah dalam sebulan saya dapat petik sayur kobis ni .






Bahagian tengah yang dah jadi bulat ^_^






Cantik betul la bentuk dan rupa pokok kobis ni , tiap-tiap hari saya belek hihi









Pokok kobis di laman shared from Nennie

Republish by The CC Resepi
21 Apr 2014 0 comments

Kuih seri muka

Kuih seri muka -

Bahagian bawah(pulut):


  • 2 1/2 cwn santan

  • 1sdt garam

  • 2cwn beras pulut


Cara-cara:


  1. Pulut d rendam semalaman@3jam(klw nk cepat)

  2. Panaskn pengukus smpai mgelegak airnya

  3. Masukkn pulut n masak selama 8-10min(separuh masak-tujuannya supaya pulut masak keseluruhan n xkeras)

  4. Kelurkan dr pengukus baru dcampur dgn santan n garam,gaul rata n kukus dlm 30min @ sehingga pulut masak

  5. *sy masak dulu pulut dlm loyang pastu baru masuk dlm acuan lompang..


Bahagian atas(hijau):


  • Sebiji telur

  • 3 1/2 cwn santan

  • 1 1/2 cwn tepung beras

  • 1/2 cwn tepung jagung

  • 1 cwn gula(bole kurangkn manis)

  • 1 sdt garam

  • Pewarna hijau(kena agak2 warnanya)

  • Daun pandan


Cara-cara:


  1. Pukul suma bahan sebati,nk senang blendkn aje kecuali daun pandan..

  2. Masak sekejap(anggaran masa 10-15min) atas api kecil,n masukkn daun pandan..masak smpai dia kuar wap@adunan jd pekat n likat..tp kena kacau selalu,klw x dia akn berketul..tutup api n tuang atas pulut td n kukus dlm 20min @ smpai dia masak..jgn lupa buang daun pandan tu

  3. sblm masuk dlm pgukus..nk tau dh masak o belum cucuk tgh2 dia guna lidi o garfu,klw lidi tu bersih(xda pulut yg melekat mksdnya dh masak. - sis Salasiah Sabri







Kuih seri muka shared from shaed

Republish by The CC Resepi
 
;