24 Mar 2016 0 comments

Kway Teow Sup Daging Vietnam / Vietnamese Beef Noodle Soup

Kway Teow Sup Daging Vietnam / Vietnamese Beef Noodle Soup -

Kway Teow Sup Daging Vietnam / Vietnamese Beef Noodle Soup

Bahan-Bahan Sup

Bahan-bahan (Ingredient)


Bahan-Bahan

Bahan-bahan (Ingredient)


Penyediaan Sup Daging
  1. Cuci dan rebus tulang sehingga mendidih selama 3-5 minit.  Kemudian toskan semua airnya untuk membuang kotoran dan lemak.  Cuci tulang bersih supaya sup menjadi jernih.
  2. Masukkan semula tulang ke dalam periuk dan air secukupnya.
  3. Bakar bawang dan halia di atas dapur hingga perang.  Ketepikan
  4. Goreng tanpa minyak biji ketumbar, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau.  Masukkan ke dalam kain kasa dan ikat kemas menjadi uncang.
  5. Masukkan bawang, halia dan uncang rempah tadi ke dalam periuk berisi tulang.  Rebus dengan api sederhana hingga mendidih.
  6. Masukkan garam, sos ikan dan gula batu.  Renehkan dengan api perlahan selama 3 jam.  Tapis buih-buih kotoran di permukaan sup.  Masak hingga daging empuk.
  7. Apabila masak, keluarkan tulang, uncang rempah dan bawang.
  8. Untuk menghidang, panaskan kembali air rebusan tulang hingga mendidih.  Celup hirisan daging segar sebentar, angkat dan masukkan ke dalam mangkuk hidangan.
  9. Kemudian masukkan kway teow, hirisan daun ketumbar, taugeh, daun bawang, cili padi dan perahan jus limau nipis.  Perasakan dengan sos ikan dan sos hoisin jika suka.
Kway Teow Sup Daging Vietnam / Vietnamese Beef Noodle Soup


Kway Teow Sup Daging Vietnam / Vietnamese Beef Noodle Soup shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Pulut Dakap Kelantan

Pulut Dakap Kelantan -

Pulut Dakap Kelantan

Bahan-bahan
400gm pulut
1 cawan santan pekat
3 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh garam
Pisang Abu / Pisang Awak / Pisang Raja - belah 2

Daun pisang untuk membungkus - di layur
Tali Rafia untuk mengikat

30 kuntum bunga telang - optional (untuk pewarna)
Rebus dengan 1 cawan air - ambil jusnya.

Penyediaan :
  1. Cuci pulut hingga bersih dan rendam selama 2 jam. Jika menggunakan bunga telang, rendam bersama jusnya.
  2. Toskan dan kukus selama 25-30 minit atau hingga masak.
  3. Angkat pulut dan masukkan ke dalam bekas.
  4. Masak santan, gula dan garam hingga gula larut atau hingga naik wap saja.
  5. Kemudian gaulkan santan bersama pulut kukus tadi hingga rata.  Biar 10 minit sehingga pulut meresap santan.
  6. Ambil 2 sudu besar pulut dan ratakan memanjang ke atas daun pisang.  Tekan dan leperkan jangan terlalu tebal.
  7. Letak potongan pisang di tengahnya dan bungkus seperti lepat.  Buat hingga habis.
  8. Takapkan 2 bungkus bersama dan ikat dengan tali rafia dengan kemas.
  9. Kukus semula selama 20 minit dengan api sederhana.
 Note :  Jika menggunakan pisang bersaiz besar, kukus sebentar selama 3 minit.  Sejukkan dahulu sebelum di belah 2.

Pulut Dakap Kelantan




Pulut Dakap Kelantan shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;