Thai Boat Noodle
Penyediaan Stok Tulang Lembu
1 kg tulang lembu
Air secukupnya untuk merebus tulang
2 batang kulit kayu manis
3 helai daun limau purut
1 inci lengkuas - ketuk
1 inci halia - ketuk
2 batang serai - ketuk
3 ulas Bawang putih - ketuk
3 biji Bunga lawang
1 biji Bawang besar - belah 2
1 helai daun pandan
1 sudu besar biji ketumbar
Akar daun ketumbar
1 batang saleri
Penyediaan Sup
- Cuci dan rebus tulang sehingga mendidih selama 3-5 minit. Kemudian toskan semua airnya untuk membuang kotoran dan lemak. Cuci tulang bersih supaya sup menjadi jernih.
- Masukkan semula tulang ke dalam periuk dan air secukupnya. Masukkan bahan-bahan lain dan rebus dengan api sederhana hingga mendidih.
- Tutup api, keluarkan bahan-bahan dalam sup tadi. Tapis sup ke dalam periuk yang lain.
- Masukkan bahan-bahan perasa, rasa masam dan manis, tambah garam jika perlu (Rasa sup ni mesti masam manis)
3 sudu besar cuka makan
2 sudu besar sos ikan
2 sudu makan kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu besar taucu - kisar halus
1 ketul gula batu
3 sudu besar santan kotak
Bahan-bahan
1 bungkus mee pathai, Bihun atau Kway Teow (siram air panas dan toskan)
100gm hirisan daging segar (batang pinang) - celup dalam air panas sebentar
Bebola daging atau ikan
Sayur kangkung - potong pendek
Taugeh
Limau nipis
Serbuk cili kering
Untuk menghidang, masukkan mee pathai ke dalam mangkuk, hirisan daging, kangkung, taugeh. Siram dengan sup panas. Tabur serbuk cili kering dan perahan jus limau nipis.
Thai Boat Noodle
Thai Boat Noodle shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi