Lo Mai Gai / Pulut Ayam
Bahan-bahan
1 keping dada ayam - hiris nipis
1 sudu besar kicap cair
1 inci halia, parut halus
2 sudu kecil sos tiram
2 ulas bawang putih - cincang halus
6 biji cendawan shitake, rendam dan hiris nipis
1 sudu kecil kicap pekat
1 sudu teh tepung jagung, bancuh dengan 1/2 cawan air
Penyediaan :
- Perap ayam bersama kicap cair, sos tiram dan halia selama 30 minit.
- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga keperangan.
- Masukkan hirisan ayam dan cendawan, masak sebentar. Masukkan kicap pekat dan tuang larutan tepung jagung. Masak hingga kuah mendidih dan hampir pekat. Tutup api dan biarkan sejuk.
2 cawan pulut - cuci dan rendam selama 4 jam atau lebih
1/2 cawan air
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak bijan
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil sos tiram
1/2 sudu kecil lada putih
1/2 sudu kecil serbuk 5 rempah (boleh di dapati di pasaraya)
Penyediaan :
- Toskan pulut, masukkan ke dalam loyang dan gaul bersama kicap cair, kicap pekat, serbuk lada sulah, serbuk 5 rempah dan 1/2 cawan air.
- Campurkan minyak masak dan minyak bijan dan tumis bawang putih hingga naik bau. Tuang semuanya ke dalam pulut. Gaul rata.
- Panaskan pengukus, kukus pulut selama 30 minit. Angkat dan gaul rata.
- Sediakan acuan kecil atau acuan remekin. Ambil hirisan ayam dan cendawan dan susun ke dalamnya.
- Masukkan pulut di atasnya dan tekan padat. Siram dengan 1 sudu besar kuah ayam bagi setiap acuan.
- Kukus semula selama 30 minit.
- Longgarkan tepi pulut dengan pisau dan terbalikkan ke dalam pingan. Sedia di nikmati.
Lo Mai Gai / Pulut Ayam
Lo Mai Gai / Pulut Ayam shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments:
Post a Comment