Jeruk Betik
Bahan-bahan
1 biji betik mengkal yang masih keras
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan cuka
1 cawan air
2 sudu kecil garam
beberapa tangkai cili padi
Penyediaan :
- Kupas betik, buang bijinya dan cuci. Potong dan hiris nipis-nipis.
- Rendam sebentar di dalam air bercampur garam dan air kapur.
- Cuci bersih dan toskan. Masukkan ke dalam bekas atau botol untuk menjeruk.
- Masak gula, air, cuka dan garam hingga gula larut. Biarkan sejuk.
- Tuang ke dalam botol berisi hirisan betik. Gaul rata dan tutup dengan rapat.
- Boleh di makan keesokkan hari. Simpan di dalam peti sejuk untuk jeruk tahan lebih lama.
Jeruk Betik shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments:
Post a Comment