13 Apr 2016

Ayam Percik Kelantan

Ayam Percik Kelantan -

Ayam Percik Kelantan

Bahan bahan
1 ekor ayam - potong 4

Bahan Kisar dan Perap
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukupnya
- Perap ayam dengan bahan kisar selama 1/2 jam, kemudian kukus / rebus sebentar dengan sedikit air hingga lembut.  Ketepikan.

Bahan Kuah Percik
600ml santan pekat
2 sudu besar tepung gandum (larutkan dengan sedikit air)
1 labu bawang besar - hiris kecil
3 ulas bawang merah
1 inci halia - hiris kecil
1 batang serai - hiris halus
2 sudu kecil garam atau secukupnya
1 sudu besar gula - kuah biar rasa manis
1/2 keping asam gelugor

Penyediaan :
  1. Kisar bawang besar, bawang merah, halia dan serai hingga halus.  Masukkan ke dalam periuk bersama santan dan masak dengan api sederhana.  Sentiasa mengacaunya.
  2. Masukkan gula, garam dan asam gelugur.  Bila mendidih, keluarkan asam gelugur supaya kuah tidak menjadi masam.
  3. Masukkan larutan tepung gandum dan masak sehingga kuah menjadi pekat dan berkilat. Perasakan sesuai selera.  Ketepikan.

Penyediaan Ayam Percik
  1. Ayam yang di kukus dipanggang sebentar (ayam dah lembut kerana telah di kukus), tuang kuah percik dan balikkan di kedua-dua bahagian.
  2. Jika ayam tidak di kukus, setelah di perap, panggang ayam hingga masak, kemudian tuang kuah percik di atasnya sambil di balik-balikkan kedua bahagian hingga ayam betul-betul masak.
  3. Untuk menghidang, masukkan ayam panggang ke dalam pinggan dan curah kuah percik di atasnya.
Ayam Percik Kelantan


Ayam Percik Kelantan shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;