22 Apr 2016 0 comments

Thai Boat Noodle

Thai Boat Noodle -

Thai Boat Noodle

Penyediaan Stok Tulang Lembu
1 kg tulang lembu
Air secukupnya untuk merebus tulang
2 batang kulit kayu manis
3 helai daun limau purut
1 inci lengkuas - ketuk
1 inci halia - ketuk
2 batang serai - ketuk
3 ulas Bawang putih - ketuk
3 biji Bunga lawang
1 biji Bawang besar - belah 2
1 helai daun pandan
1 sudu besar biji ketumbar
Akar daun ketumbar
1 batang saleri

Penyediaan Sup
  1. Cuci dan rebus tulang sehingga mendidih selama 3-5 minit.  Kemudian toskan semua airnya untuk membuang kotoran dan lemak.  Cuci tulang bersih supaya sup menjadi jernih.
  2. Masukkan semula tulang ke dalam periuk dan air secukupnya.   Masukkan bahan-bahan lain dan rebus dengan api sederhana hingga mendidih.
  3. Tutup api, keluarkan bahan-bahan dalam sup tadi.  Tapis sup ke dalam periuk yang lain.
  4. Masukkan bahan-bahan perasa, rasa masam dan manis, tambah garam jika perlu (Rasa sup ni mesti masam manis)
Bahan Perasa
3 sudu besar cuka makan
2 sudu besar sos ikan
2 sudu makan kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu besar taucu - kisar halus
1 ketul gula batu
3 sudu besar santan kotak

Bahan-bahan
1 bungkus mee pathai, Bihun atau Kway Teow (siram air panas dan toskan)
100gm hirisan daging segar (batang pinang) - celup dalam air panas sebentar
Bebola daging atau ikan
Sayur kangkung - potong pendek
Taugeh
Limau nipis
Serbuk cili kering

Untuk menghidang, masukkan mee pathai ke dalam mangkuk, hirisan daging, kangkung, taugeh. Siram dengan sup panas.  Tabur serbuk cili kering dan perahan jus limau nipis.

Thai Boat Noodle


Thai Boat Noodle shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
21 Apr 2016 0 comments

Lo Mai Gai / Pulut Ayam

Lo Mai Gai / Pulut Ayam -

Lo Mai Gai / Pulut Ayam

Bahan-bahan
1 keping dada ayam - hiris nipis
1 sudu besar kicap cair
1 inci halia, parut halus
2 sudu kecil sos tiram
2 ulas bawang putih - cincang halus
6 biji cendawan shitake, rendam dan hiris nipis
1 sudu kecil kicap pekat
1 sudu teh tepung jagung, bancuh dengan 1/2 cawan air

Penyediaan :
  1. Perap ayam bersama kicap cair, sos tiram dan halia selama 30 minit.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga keperangan. 
  3. Masukkan hirisan ayam dan cendawan, masak sebentar.  Masukkan kicap pekat dan tuang larutan tepung jagung.  Masak hingga kuah mendidih dan hampir pekat.  Tutup api dan biarkan sejuk.
Bahan Pulut
2 cawan pulut - cuci dan rendam selama 4 jam atau lebih
1/2 cawan air
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak bijan
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil sos tiram
1/2 sudu kecil lada putih
1/2 sudu kecil serbuk 5 rempah (boleh di dapati di pasaraya)

Penyediaan :
  1. Toskan pulut, masukkan ke dalam loyang dan gaul bersama kicap cair, kicap pekat, serbuk lada sulah, serbuk 5 rempah dan 1/2 cawan air.
  2. Campurkan minyak masak dan minyak bijan dan tumis bawang putih hingga naik bau.  Tuang semuanya ke dalam pulut.  Gaul rata.
  3. Panaskan pengukus, kukus pulut selama 30 minit.  Angkat dan gaul rata.
  4. Sediakan acuan kecil atau acuan remekin.  Ambil hirisan ayam dan cendawan dan susun ke dalamnya.
  5. Masukkan pulut di atasnya dan tekan padat.  Siram dengan 1 sudu besar kuah ayam bagi setiap acuan.
  6. Kukus semula selama 30 minit.
  7. Longgarkan tepi pulut dengan pisau dan terbalikkan ke dalam pingan.  Sedia di nikmati.
Lo Mai Gai / Pulut Ayam


Lo Mai Gai / Pulut Ayam shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;