15 Jun 2016 0 comments

Jus Apple Asam Boi

Jus Apple Asam Boi -

Jus Apple Asam Boi

Bahan
2 biji Apple Hijau
1 gelas air
Sirap gula secukupnya
5 biji asam boi putih
Ketulan ais secukupnya

Cuci apple, buang bijinya, potong kecil.  Masukkan ke dalam pengisar dan kisar halus.  Kemudian tapis.
Masukkan sirap gula ke dalam gelas dan ais.  Masukkan asam boi dan tuang jus apple.
Sedia di nikmati.

** Jika menggunakan slow juicer, buah boleh di kisar terus tanpa air dan tidak perlu di tapis.  Masukkan ke dalam gelas bersama asam boi dan ketulan ais.

Jus Apple Asam Boi


Jus Apple Asam Boi shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Yee Mee Sizzling

Yee Mee Sizzling -

Yee Mee Sizzling
Sumber :  Cikgu Ani

Bahan-bahan
3 gulung Yee Mee
5 ulas bawang putih - cincang halus
1/2 inci halia - cincang halus
Ayam - di potong kecil
6 kuntum cendawan shitake kering - direndam hingga lembut dan dipotong 4
4 tangkai cili kering - di potong
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak bijan
2 sudu makan tepung jagung + secawan air
Minyak untuk menumis
4 cawan air

Cara-cara :
  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.
  3. Masukkan 4 cawan air, kalau nak kuah banyak, boleh tambah air.
  4. Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam.   Biarkan mendidih dan ayam masak.
  5. Masukkan cendawan.  Biarkan 2-3 minit.
  6. Masukkan bancuhan tepung jagung.  Gaul rata dan kuah agak pekat.
  7. Masukkan minyak bijan, gaul rata.  Tutup api.
  8. Untuk hidangan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil.  Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur.  Jika perlu, tambahkan lagi kuah.  Biarkan mee lembut dan telur separuh masak.  Tutup api dan angkat mee.  Ulang langkah 8 untuk hidangan yee mee yang lain.
Note :  Plate sizzling di buat dari besi, jangan di biarkan basah atau lembab yang akan menyebabkan plate berkarat.  Cuci dan keringkan plate di atas dapur gas sehingga betul2 kering sebelum di simpan yang tempat yang kering.

Yee Mee Sizzling


Yee Mee Sizzling shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;