Yee Mee Sizzling
Sumber : Cikgu Ani
Bahan-bahan
3 gulung Yee Mee
5 ulas bawang putih - cincang halus
1/2 inci halia - cincang halus
Ayam - di potong kecil
6 kuntum cendawan shitake kering - direndam hingga lembut dan dipotong 4
4 tangkai cili kering - di potong
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak bijan
2 sudu makan tepung jagung + secawan air
Minyak untuk menumis
4 cawan air
Cara-cara :
- Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
- Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.
- Masukkan 4 cawan air, kalau nak kuah banyak, boleh tambah air.
- Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan ayam masak.
- Masukkan cendawan. Biarkan 2-3 minit.
- Masukkan bancuhan tepung jagung. Gaul rata dan kuah agak pekat.
- Masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api.
- Untuk hidangan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee. Ulang langkah 8 untuk hidangan yee mee yang lain.
Yee Mee Sizzling
Yee Mee Sizzling shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments:
Post a Comment