16 Jun 2016

Biskut Ulat Bulu

Biskut Ulat Bulu -

Biskut Ulat Bulu

Bahan-bahan
300gm tepung gandum
150gm tepung jagung
50gm susu tepung
180gm minyak sapi
100gm mentega
80gm gula aising
Pewarna hijau
Pandan emulco

Inti Kurma
200gm kurma, cincang halus
50ml susu cair
1/2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar mentega
1/2 sudu besar tepung pulut

Masukkan semua bahan ke dalam periuk non-stick dan masak dengan api kecil hingga kental dan berkilat.  Masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk.
Apabila mengeras, gentel inti bulat-bulat.  Supaya inti tidak melekat di tangan, lumurkan tapak tangan dengan shortening sebelum mengentel.

Salutan :  Gula kaster
Peralatan :  Penerap kuih siput

Penyediaan :
  1. Satukan mentega, gula aising dan minyak sapi.  Kacau menggunakan senduk kayu hingga rata. Masukkan perisa pandan, pewarna dan susu tepung.  Kacau sebati.
  2. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli dengan tangan sehingga mendapat doh yang tidak melekat di jari.
  3. Ambil 1 sudu teh doh (10gm) masukkan inti kurma dan bentukkan sedikit bujur.  Buat hingga habis.
  4. Untuk membuat jalur seperti ulat, ambil sebiji doh dan tekan ke atas penerap kuih siput.
  5. Bakar pada suhu 160C selama 25-30 minit atau sehingga masak.
  6. Keluarkan dari oven, biarkan biskut sejuk dan mengeras kemudian golek dengan gula kaster.


Biskut Ulat Bulu


Biskut Ulat Bulu shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;