27 Jun 2016

Ketam Celup Tepung

Ketam Celup Tepung -

Ketam Celup Tepung

Bahan-bahan
4 ekor ketam - bersih dan belah 2
Minyak untuk menggoreng
3 tangkai daun kari

Bancuhan Tepung
1 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung gandum
5 ulas bawang putih - parut halus
1 inci halia - parut halus
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar rempah kari ikan
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1/2 sudu besar serbuk pati ayam - optional
Garam secukup rasa
1 biji telur
Sedikit air

Penyediaan :

  1. Satukan kesemua bancuhan tepung, gaul menjadi adunan seperti bancuhan goreng pisang, tidak terlalu pekat atau cair.
  2. Panaskan minyak, goreng daun kari hingga garing, angkat dan toskan.  Ketepikan.
  3. Celup ketam dalam bancuhan tepung dan goreng terendam dalam minyak yang betul-betul panas hingga garing.
  4. Angkat dan tabur daun kari ketika menghidang.
Tips  :  Ketam di goreng satu persatu supaya cepat masak dan garing.  Jangan goreng sekaligus.

Ketam Celup Tepung





Ketam Celup Tepung shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;