6 Dec 2018

Biskut Scones

Biskut Scones -

Biskut Scones
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Recipe Gemma

Bahan-bahan (12 biji)
680 gm tepung naik sendiri (4 2/3 cawan)
170 gm mentega sejuk (3/4 cawan)
3 sudu kecil baking powder
113 gm gula pasir (1/2 cawan)
113 gm raisins/sultanas (1/2 cawan)
300 ml susu segar (1 1/4 cawan)
2 biji telur, kocok ringan

Cara-Cara :

  1. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk besar,
  2. Potong dadu kecil mentega sejuk, masukkan terus ke dalam tepung.
  3. Ramas ringan dengan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  4. Masukkan raisins dan gula.
  5. Dalam mangkuk lain, kocok ringan telur dan susu hingga sebati.
  6. Tuang sedikit-sedikit ke dalam tepung dan gaul sehingga menjadi doh.
  7. Tabur sedikit tepung di atas papan canai dan canai doh 1 1 1/2 inci tebal.
  8. Terap dengan penerap bulat saiz 3 inci atau potong menggunakan pisau.
  9. Susun di atas dulang pembakar yang di alas kertas baking.
  10. Bakar pada suhu 210C selama 25-30 minit sehingga permukaannya keperangan.
  11. Hidang bersama jam, butter atau cream.


Nota :  Untuk mendapat biskut yang rapuh dan berongga di dalamnya, Doh jangan di padatkan sewaktu menguli atau mencanai.

Biskut Scones


Biskut Scones shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;