11 Dec 2018

Kek Lapis Kukus Lumut Cheese

Kek Lapis Kukus Lumut Cheese -

Kek Lapis Kukus Lumut Cheese
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan 
450 gm mentega
130 gm gula halus
10 biji telur
130 gm horlicks
100 gm krimer coffeemix @ susu tepung
4 sudu besar susu pekat manis
160 gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
1 botol kecil pandan paste
Sedikit pewarna hijau

Loyang 9 atau 8 in di alas dan di gris

Cara-cara :

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu sambil diputar rata.
  3. Masukkan susu pekat, horlick, krimer, tepung, pandan paste dan pewarna hijau, gaul rata.
  4. Bagi 3 lebih kurang 500 gm setiap satu.
  5. Kukus bahagian 1 selama 15 minit dengan api sedang atau hingga masak.
  6. Angkat dan ratakan adunan cheese, kukus selama 15 minit atau hingga masak.
  7. Ulangi mengukus adunan hijau dan cheese hingga habis.


Adunan Cheese
750gm cream cheese
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur
4 sudu besar tepung gandum
180 gm gula halus

Cara-cara :
Satukan semua adunan dan putar hingga sebati.
Bahagi kepada 2 lebih kurang 500 gm setiap satu.

Kek Lapis Kukus Lumut Cheese


Kek Lapis Kukus Lumut Cheese shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;