17 Dec 2018

Salad Limau Bali Thai / Yam Som Oo

Salad Limau Bali Thai / Yam Som Oo -

Salad Limau Bali Thai / Yam Som Oo
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 biji limau bali sederhana, ambil isinya
1 biji bawang merah besar, hiris nipis
3 tangkai cili padi
2 sudu besar udang kering, rendam dan tos
2 sudu besar hirisan daun ketumbar
1 biji manga jika suka, potong dadu kecil
8 ekor udang segar, buang kulit
Kacang tanah yang di panggang

Cara-cara :
  1. Didihkan air, celur udang segar sebentar, angkat dan toskan.
  2. Tumbuk kasar cili padi dan udang kering.
  3. Gaulkan bersama limau bali, hirisan bawang, udang dan manga.
  4. Tuang bahan sos dan gaul rata.
  5. Akhir sekali tabur kacang tanah dengan daun ketumbar.
  6. Hidang sebagai sajian pembuka.

Bahan Sos
1/2 cawan santan pekat atau santan kotak
1 keping gula melaka, cincang halus
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar jus limau nipis
1 sudu kecil garam

Cara-cara :
Campurkan semua bahan sos dan masak hingga gula larut.
Sejukkan dahulu sebelum di gaul dengan limau bali.

Salad Limau Bali Thai / Yam Som Oo


Salad Limau Bali Thai / Yam Som Oo shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;