24 Jul 2016 0 comments

Kek Lapis Kastard Pandan / Pandan Custard Layer Cake

Kek Lapis Kastard Pandan / Pandan Custard Layer Cake -

Kek Lapis Kastard Pandan / Pandan Custard Layer Cake
Resipi :  Chef Noraini

Bahan Kek Sponge
125gm gula kaster
125gm tepung kek
15gm ovalette
5 biji telur
1 sudu teh serbuk penaik
40ml air daun pandan + pewarna hijau
75ml minyak masak

Bahan A (Kastad Pandan)
500ml air pandan (kisar 5 helai daun pandan)
180gm gula kastor
1 sudu besar serbuk agar-agar segera (instant jelly)

Bahan B
400ml santan pekat KARA
85gm tepung Hoen Kwee hijau
1 sudu teh pewarna hijau epal
1/8 sudu teh garam halus

Loyang 9" Loose Base Tin

Hiasan : Whip cream (jika suka) dan kelapa kering

Cara Membuatnya :

  1. Satukan semua bahan kek kecuali minyak masak, pukul dengan speed perlahan hingga bergaul rata kemudian pukul dengan speed tinggi selama 6 minit hingga pekat dan bertanduk. Tukar ke speed sederhana dan masukkan minyak masak, putar hingga sebati.
  2. Alaskan loyang dengan kertas minyak dan tuang adunan dan bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau hingga masak.
  3. Sejukkan kek dahulu dan potong kepada 3 atau empat lapisan.
  4. Kastard Pandan : Satukan semua bahan A dalam periuk, masak di atas api sederhana hingga mendidih.
  5. Dalam mangkuk lain, satukan bahan B, gaul hingga sebati dan tidak berketul. Masukkan adunan ini ke dalam adunan A, kacau di atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih. Angkat dan sejukkan sebentar.
  6. Sediakan Loyang bulat 9" loose base tin (boleh ditanggalkan bawahnya) yang di basahkan terlebih dahulu. 
  7. Tuang 2 senduk adunan kastard dan ratakan.  Kemudian masukkan satu lapisan kek span dan tuangkan 1/3 kastard pandan di atasnya hingga menutupi lubang di sekeliling loyang. Hentakkan loyang sedikit supaya kastard dapat sampai ke dasar loyang.
  8. Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi krim kastard. Buat hingga habis lapisan kek.
  9. Hentakkan 2-3 kali loyang di atas meja supaya kastard padat ke bahagian bawahnya.
  10. Biarkan kek sejuk baru di masukkan ke dalam peti sejuk.
  11. Keluarkan kek dari acuan dan hias dengan whip cream (dipukul dahulu) dan taburan kelapa kering.


Kek Lapis Kastard Pandan / Pandan Custard Layer Cake


Kek Lapis Kastard Pandan / Pandan Custard Layer Cake shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
22 Jul 2016 0 comments

Nasi Dagang Trengganu

Nasi Dagang Trengganu -

Nasi Dagang Trengganu
Sumber - Dyg Suhaini MAHI

Bahan-bahan
500gm beras nasi dagang
200gm beras biasa
300gm beras pulut
2 cawan santan cair
3 cawan santan pekat (masak sehingga mendidih)
2 sudu kecil garam
10 ulas bawang merah-dimayang
2 inci halia-dimayang
2 ulas bawag putih-dimayang
Sesudu besar halba-rendam

Cara-cara:
Campur semua beras, cuci bersih dan rendam 4 jam.  Jika menggunakan beras pulut Kelantan rendam semalaman.

Panaskan kukusan dan kukus sehingga separuh masak lebih kurang 20 minit.

Keluarkan dari pengukus dan masukkan ke dalam bekas lain.  Gaul sebati bersama santan cair.
Masukkan kembali kedalam pengukus dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak.

Masukkan ke dalam bekas besar, masukkan santan pekat, garam, halia, bawang hiris dan halba, gaul sebati. Siap.

*kalau tiada beras nasi dagang, memadai mengguna campuran beras biasa dan beras pulut sahaja (300g pulut + 700g beras biasa)
* atau 1kg beras pulut Kelantan (di rendam semalaman)

Gulai Ikan Tongkol

Bahan-bahan
1 1/2 kg ikan tongkol -direbus dengan asam keping, garam dan 1/2 keping gula melaka
1 kg santan segar
10 biji cili kering (buang biji, rendam air panas dan toskan)
10 ulas bawang merah
1 ulas bawag putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit
3 sudu rempah nasi dagang/rempah gulai cap ros (jika tiada guna serbuk kari ikan pun boleh)
1 keping gula melaka
Asam keping
Sedikit kerisik jika suka
Garam secukup rasa
Serbuk perasa
Cili api hijau utk hiasan

Cara-cara:
Kisar cili kering,bawang, halia, lengkuas dan kunyit hingga halus.
Masak santan hingga pecah minyak.  Masukkan bahan kisar bersama air secukupnya.
Bancuh rempah dengan sedikit air dan masukkan kedalam periuk bersama gula melaka dan kerisik.
Masak hingga mendidih, perasakan dengan garam secukupnya.
Masukkan ikan tongkol yang direbus tadi.  Apabila hampir diangkat masukkan cili api hijau sebagai hiasan.

Cadangan Hidangan
Acar Mentah
Telur Rebus

Acar Mentah
1 batang timun
1/2 batang carrot
2 tangkai cili merah
1 ulas bawang merah
1 hiris nenas jika suka
1 sudu besar gula
1/2 sudu besar garam
1 sudu besar cuka

Semua sayuran di potong memanjang, gaul bersama gula, garam dan cuka hingga bergaul rata.

Nasi Dagang Trengganu


Nasi Dagang Trengganu shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;