Nasi Dagang Trengganu
Sumber - Dyg Suhaini MAHI
Bahan-bahan
500gm beras nasi dagang
200gm beras biasa
300gm beras pulut
2 cawan santan cair
3 cawan santan pekat (masak sehingga mendidih)
2 sudu kecil garam
10 ulas bawang merah-dimayang
2 inci halia-dimayang
2 ulas bawag putih-dimayang
Sesudu besar halba-rendam
Cara-cara:
Campur semua beras, cuci bersih dan rendam 4 jam. Jika menggunakan beras pulut Kelantan rendam semalaman.
Panaskan kukusan dan kukus sehingga separuh masak lebih kurang 20 minit.
Keluarkan dari pengukus dan masukkan ke dalam bekas lain. Gaul sebati bersama santan cair.
Masukkan kembali kedalam pengukus dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
Masukkan ke dalam bekas besar, masukkan santan pekat, garam, halia, bawang hiris dan halba, gaul sebati. Siap.
*kalau tiada beras nasi dagang, memadai mengguna campuran beras biasa dan beras pulut sahaja (300g pulut + 700g beras biasa)
* atau 1kg beras pulut Kelantan (di rendam semalaman)
Gulai Ikan Tongkol
Bahan-bahan
1 1/2 kg ikan tongkol -direbus dengan asam keping, garam dan 1/2 keping gula melaka
1 kg santan segar
10 biji cili kering (buang biji, rendam air panas dan toskan)
10 ulas bawang merah
1 ulas bawag putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit
3 sudu rempah nasi dagang/rempah gulai cap ros (jika tiada guna serbuk kari ikan pun boleh)
1 keping gula melaka
Asam keping
Sedikit kerisik jika suka
Garam secukup rasa
Serbuk perasa
Cili api hijau utk hiasan
Cara-cara:
Kisar cili kering,bawang, halia, lengkuas dan kunyit hingga halus.
Masak santan hingga pecah minyak. Masukkan bahan kisar bersama air secukupnya.
Bancuh rempah dengan sedikit air dan masukkan kedalam periuk bersama gula melaka dan kerisik.
Masak hingga mendidih, perasakan dengan garam secukupnya.
Masukkan ikan tongkol yang direbus tadi. Apabila hampir diangkat masukkan cili api hijau sebagai hiasan.
Cadangan Hidangan
Acar Mentah
Telur Rebus
Acar Mentah
1 batang timun
1/2 batang carrot
2 tangkai cili merah
1 ulas bawang merah
1 hiris nenas jika suka
1 sudu besar gula
1/2 sudu besar garam
1 sudu besar cuka
Semua sayuran di potong memanjang, gaul bersama gula, garam dan cuka hingga bergaul rata.
Nasi Dagang Trengganu
Nasi Dagang Trengganu shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments:
Post a Comment