Thai Red Rubies / Tub Tim Grob
Bahan-bahan
15 biji water chestnut (sengkuang cina)
1 sudu kecil pewarna merah atau yang di sukai
1 cawan tepung ubi kayu
Bahan Sos Santan
200 ml (1 kotak kecil) santan KARA
100 ml air
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu kecil tepung beras
(Masak hingga mendidih dan pekat)
Bahan Sirap
1/2 cawan gula pasir atau gula melaka
1 cawan air
1 helai daun pandan
(Masak hingga gula larut, ketepikan)
Ais secukupnya, di kisar hancur dan simpan di dalam peti sejuk.
Cara-cara :
- Kupas sengkuang dan potong kiub kecil.
- Rendam dalam pewarna hingga sebati. Toskan.
- Gaul sengkuang ke dalam tepung ubi hingga bersalut rata.
- Ayak untuk mengeluarkan lebihan tepung.
- Masak air hingga mendidih, masukkan sengkuang dan masak hingga timbul dan jernih.
- Angkat dengan penapis, toskan kemudian masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk dari peti ais.
- Biarkan terendam selama 10 minit, kacau perlahan-lahan supaya tidak melekat.
- Untuk menghidang, masukkan ais kisar ke dalam mangkuk atau gelas.
- Tuang sirap gula, letak biji delima (toskan dulu) dan tuang santan ke atasnya.
- Boleh di tambah lain-lain bahan seperti jagung, nangka atau kelapa muda.
Thai Red Rubies / Tub Tim Grob
Thai Red Rubies / Tub Tim Grob shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi