Char Siew Ayam
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
1 keping dada ayam
1 sudu besar bawang putih cincang
1 sudu besar bawang merah cincang
1/4 sudu kecil serbuk 5 spices
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
Cara-cara :
Gaulkan dada ayam bersama semua bahan hingga rata.
Perap di dalam peti sejuk selama 5 jam atau lebih.
Salutan Madu
3 sudu besar air
1/2 sudu besar gula batu perang
2 sudu besar madu
Masak air hingga mendidih, masukkan gula dan kacau hingga gula larut.
Masukkan madu dan masak hingga hampir pekat.
Cara Masak 2 Kaedah :
Cara Goreng :
Goreng dengan sedikit minyak hingga masak.
Kemudian gaul dengan salutan madu hingga rata.
Cara Bakar :
Bakar di dalam oven selama 25 minit pada suhu 200C,
Angkat dan gaulkan dengan salutan madu.
Bakar semula selama 5 minit lagi.
Angkat dan gaul dengan salutan madu sekali lagi.
Bila sejuk, potong nipis dan hidangkan bersama wantan mee.
Char Siew Ayam
Char Siew Ayam shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi