22 Jan 2019 0 comments

Udang Mentega Telur Masin / Salted Egg Butterprawn

Udang Mentega Telur Masin / Salted Egg Butterprawn -

Udang Mentega Telur Masin  / Salted Egg Butterprawn
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
500 gm udang sederhana
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 cawan tepung ubi
Minyak untuk menggoreng

Cuci udang, gunting belakang dan toskan di atas tisu dapur hingga kering.
Kemudian gaulkan di dalam tepung dan serbuk pati ayam hingga bersalut rata.
Panaskan minyak dan goreng sebentar hingga tepung keperangan.
Tos dan ketepikan dulu.
Bahan Tumis
2 sudu besar mentega atau marjerin
2 sudu besar bawang putih cincang
2 sudu besar pes telur masin atau 3 kuning telur masin rebus, haluskan
3 tangkai cili padi, potong kecil
2 tangkai daun kari

Cara-cara :
Cairkan mentega di dalam kuali, tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan telur masin dan kacau hingga rata.
Tambah daun kari dan cili.
Akhir sekali masukkan udang yang di goreng tadi.
Kacau hingga bersalut rata dan sedia di hidangkan.

Udang Mentega Telur Masin / Salted Egg Butterprawn



Udang Mentega Telur Masin / Salted Egg Butterprawn shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
20 Jan 2019 0 comments

Samperit Telur Masin / Salted Egg Yolk Samperit

Samperit Telur Masin / Salted Egg Yolk Samperit -

Samperit Telur Masin / Salted Egg Yolk Samperit
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan :
25gm Nurell Salted Egg Paste (1 sudu makan)
125 gm mentega tawar
65 gm gula aising
125 gm tepung kentang atau tepung jagung
80 gm tepung gandum
20 gm susu tepung
Sedikit bijan hitam untuk hiasan

Cara-cara :
Putar mentega dan gula dengan senduk kayu hingga sebati.
Masukkan pes telur masin dan kacau rata.
Masukkan tepung kentang, tepung gandum dan susu tepung.
Gaul rata hingga menjadi doh yang lembut.
Tekan dengan nozzle bergerigi atau nozzle samperit.

Susun di atas dulang yang di alas baking paper.
Tabur dengan bijan hitam sebagai hiasan.
Selepas di susun dalam dulang, rehatkan selama 20 minit di bawah kipas hingga keras.
Ini untuk mengekalkan bentuknya supaya tidak kembang.

Bakar pada suhu 150C di rak bawah selama 10 minit dan alihkan ke rak atas dan bakar selama 10 minit hingga masak.

Samperit Telur Masin / Salted Egg Yolk Samperit


Samperit Telur Masin / Salted Egg Yolk Samperit shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;