Samperit Telur Masin / Salted Egg Yolk Samperit
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan :
25gm Nurell Salted Egg Paste (1 sudu makan)
125 gm mentega tawar
65 gm gula aising
125 gm tepung kentang atau tepung jagung
80 gm tepung gandum
20 gm susu tepung
Sedikit bijan hitam untuk hiasan
Cara-cara :
Putar mentega dan gula dengan senduk kayu hingga sebati.
Masukkan pes telur masin dan kacau rata.
Masukkan tepung kentang, tepung gandum dan susu tepung.
Gaul rata hingga menjadi doh yang lembut.
Tekan dengan nozzle bergerigi atau nozzle samperit.
Susun di atas dulang yang di alas baking paper.
Tabur dengan bijan hitam sebagai hiasan.
Selepas di susun dalam dulang, rehatkan selama 20 minit di bawah kipas hingga keras.
Ini untuk mengekalkan bentuknya supaya tidak kembang.
Bakar pada suhu 150C di rak bawah selama 10 minit dan alihkan ke rak atas dan bakar selama 10 minit hingga masak.
Samperit Telur Masin / Salted Egg Yolk Samperit
Samperit Telur Masin / Salted Egg Yolk Samperit shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments:
Post a Comment