14 Oct 2019 0 comments

Chocolate Banana Cake

Chocolate Banana Cake -

Chocolate Banana Cake
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan Kek Sponge Coklat
250 gm chocolate sponge mix
250 gm telur (5 biji)
60 ml susu segar / air
70 gm minyak jagung
1 sudu besar chocolate emulco

5 biji pisang berangan atau bunga (potong bulat)

Penyediaan :
  1. Alas loyang dengan kertas minyak.
  2. Panaskan oven pada suhu 180C.
  3. Masukkan sponge mix, telur dan susu kedalam mixer.
  4. Putar dengan kelajuan perlahan selama 1 minit.
  5. Tukar kepada kelajuan tinggi dan putar hingga kembang.
  6. Perlahankan mixer dan masukkan minyak jagung
  7. Putar perlahan hingga bergaul rata.
  8. Tuang ke dalam loyang 8in dan ratakan.
  9. Bakar selama 35 - 45 minit atau hingga masak.
  10. Telengkup kan kek di atas redai dan biarkan sejuk.
  11. Potong kek kepada 3 lapisan sama tebal.

Krim Coklat
100 ml susu cair
180 gm coin coklat gelap
1 sudu besar gelatin Halagel, larutkan dengan 40ml air
250g non-dairy whipping cream

Penyediaan :
  1. Panaskan susu secara double boiler, tuang ke atas coin coklat.
  2. Kacau hingga coklat larut, ketepikan hingga sejuk.
  3. Cairkan gelatin secara double boiler,  ketepikan.
  4. Sementara itu putar non dairy cream hingga separuh kembang.
  5. Masukkan sos coklat tadi dan putar hingga kental.
  6. Tuang gelatin dan kaup balik hingga sebati.
  7. Masukkan ke dalam piping bag.

Coklat Ganache
250 gm coin coklat gelap
150 gm dairy whipping cream
20 gm mentega

Penyediaan :
  1. Panaskan cream dan coin coklat secara double boiler.
  2. Kacau hingga coklat cair, masukkan mentega dan kacau hingga larut.
  3. Sejukkan pada suhu bilik sebelum di tuang ke atas kek.
Cara Melapis Kek
  1. Letak sekeping kek di atas papan kek.
  2. Picit cream coklat dan ratakan.
  3. Susun hirisan pisang hingga penuh.
  4. Lapis lagi dengan kepingan kek, cream dan pisang.
  5. Ulangi hingga 3 lapisan.
  6. Setelah siap, ratakan krim coklat seluruh kek.
  7. Simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam.
  8. Akhir sekali tuang coklat ganache menutupi kek.
  9. Simpan di dalam peti sejuk sehingga ganache beku.

Chocolate Banana Cake


Chocolate Banana Cake shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
10 Oct 2019 0 comments

Kuih Keria

Kuih Keria -

Kuih Keria
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1/2 kg (500 gm) ubi keledek putih, oren atau ungu
2 sudu besar tepung ubi / tepung pulut
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam

Penyediaan :
  1. Rebus keledek dengan sedikit garam hingga empuk.
  2. Haluskan ketika masih panas. Ketepikan.
  3. Gaul bersama tepung gandum dan tepung ubi.
  4. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
  5. Timbang doh seberat 40gm dan bentuk bulat seperti donat.
  6. Buat lubang ditengahnya.  Sapu tangan dengan gandum supaya tidak melekat.
  7. Goreng didalam minyak terendam diatas api sederhana.
  8. Angkat dan sejukkan dahulu sebelum di sira.

Sira Gula
3/4 cawan gula
1 cawan air

Penyediaan :
  1. Masak air dan gula hingga berbusa semua di dalam kuali.
  2. Tutup api, masukkan keria.
  3. Kacau perlahan hingga gula mula mengering dan bersalut pada keria.
  4. Kikis kerak gula halus yang melekat pada kuih dan gaul hingga melekat.
NOTA :  Jangan masak air gula terlalu pekat, kerana salutan gula akan menjadi keras dan kasar.

Kuih Keria


Kuih Keria shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;