12 Mar 2020 0 comments

Puding Tapai Ubikayu

Puding Tapai Ubikayu -

Puding Tapai Ubikayu
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
100 gm tapai ubikayu lembut, buang urat
500 ml air
8 gm serbuk agar-agar
100 gram gula pasir
200 ml santan kotak (1 pack kecil)
1 kuning telur (optional)
1 sudu kecil esen vanila
1/4 sudu teh garam
100 gm cendol
50 gm sagu mutiara

Penyediaan :

  1. Kisar tapai dan santan hingga halus.
  2. Dalam periuk, satukan air, serbuk agar dan gula pasir.
  3. Masak hingga gula larut.
  4. Masukkan tapai kisar dan garam,  whisk hingga rata.
  5. Masukkan kuning telur dan esen vanila.
  6. Masak hingga mendidih dengan api perlahan.
  7. Angkat dan biarkan suam sedikit.
  8. Masukkan cendol dan sagu mutiara, gaul rata.
  9. Tuang ke dalam loyang yang di basahkan dahulu.
  10. Simpan di dalam peti sejuk hingga beku.
  11. Enak di hidang dingin.


Puding Tapai Ubikayu





Puding Tapai Ubikayu shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
5 Mar 2020 0 comments

Sup Cendawan Teh Hijau

Sup Cendawan Teh Hijau -

Sup Cendawan Teh Hijau
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 liter air rebusan ayam
1 uncang teh hijau
2 ulas bawang putih, ketuk
3 hiris halia
1 sudu besar goji berry
1/2 batang carrot, potong
2 tangkai daun sup, hiris
10 cendawan butang atau shitake
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil serbuk pati ayam

Hirisan daun sup dan bawang goreng untuk taburan

Penyediaan :
  1. Masak air rebusan, carrot, bawang putih dan halia hingga mendidih.
  2. Masukkan uncang teh, goji berry dan cendawan butang.
  3. Masak seketika dan keluarkan uncang teh.
  4. Perasakan dengan garam, serbuk lada sulah dan pati ayam.
  5. Akhir sekali masukkan hirisan daun sup.
  6. Hidang dengan taburan bawang goreng dan daun sup.
Nota :
Air rebusan ayam boleh di sediakan dari air kukusan ayam atau merebus tulang ayam, kaki dan leher.
Tapis dan buang kotoran, ambil air rebusan untuk membuat sup.

Sup Cendawan Teh Hijau





Sup Cendawan Teh Hijau shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;