Granola Oats Kurma Kayu Manis
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
2 1/2 cawan (230gm) rolled oats
1/2 cawan badam (80gm), cincang kasar
1/3 cawan madu (113gm)
1/4 cawan mentega tawar (56gm)
1/4 cawan gula perang (50gm)
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1/4 sudu kecil garam halus
1/2 cawan cranberries kering (60gm), cincang kasar
1/2 cawan kurma (60gm), cincang kasar
1/4 cawan chocolate chips (60gm)
Loyang 9 in (Alas baking paper)
Cara-cara :
- Panaskan oven suhu 160C.
- Panggang oats dan badam selama 5 minit.
- Alihkan ke dalam mangkuk besar.
- Dalam periuk, cairkan mentega, gula, madu dan serbuk kayu manis.
- Kacau hingga semuanya larut.
- Tuang ke dalam campuran oats dan gaul rata.
- Biarkan suam selama 5 minit.
- Kemudian masukkan kurma, cranberries dan chocolate chips.
- Ratakan di atas loyang.
- Panggang sebentar selama 5 minit.
- Setelah sejuk, potong kepada kepingan panjang.
- Simpan dalam bekas kedap udara dalam peti sejuk.
Granola Oats Kurma Kayu Manis
Granola Oats Kurma Kayu Manis shared from kakwan
Republish by The CC Resepi