Bahan bahan:
- 8 keping roti (gardenia @ hi5)
- 500ml susu segar
- 2 biji telur
- 4 sudu besar gula kastor (nak guna gula biasa pun boleh tapi kena kurangkan la sbb takut nanti manis sgt)
- 1 sudu besar tepung kastard
- 2 sudu besar butter (cairkan dulu)
- 1 sudu esen vanilla (nak hilangkan bau telur)
- Kismis utk hiasan
Cara cara :
- Koyakkan roti ke dalam loyang.
- Susu segar, telur, gula kastor, tepung kastard, butter, esen vanila dcampurkan dan dputarkan sekali hingga sebati. (Bagi gula tu betul2 hancur).
- Masukan bahan yang dputar tadi ke dalam loyang yang berisi roti dan gaulkan kesemuanya hingga sebati. Rendamkan selama 20-30 minit.
- Taburkan kismis ke atasnya.. Boleh juga guna mix fruit, chocolate chips, almond... Ikut kesukaan masing2. (Kena tabur selepas bahan di. No 3 drendam 20-30 minit)
- Bakar selama 20-30 minit dgn suhu 180'. Nak kukus pun boleh.
Utk sos kastard :-
- 1 tin susu cair
- 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
- 2 sudu besar tepung kastard
- 2 sudu besar gula
Cara cara:
- Campurkan kesemua bahan ke dlm periuk dan kacau hingga agak pekat. Kepekatan ikut selera masing2.
- Tuang keatas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan ke dlm peti sejuk dahulu sebelum dpotong dan dtuang sos kastard.
Pudding Roti shared from shaed
Republish by The CC Resepi
0 comments:
Post a Comment