Bingka Ambon Medan
Adunan Yis
50 ml air suam
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar ragi instant
2 sudu besar tepung gandum
Satukan adunan yis di dalam bekas, aduk rata. Tutup dengan plastik wrap dan rehatkan selama 10-15 minit hingga berbuih. Ketepikan.
Bahan-bahan
3 helai daun pandan
1 batang serai - di ketuk
10 kuning telur ayam
500 ml santan kelapa pekat
5 helai daun limau purut - carikkan
1/2 sudu teh garam
125 gm tepung ubikayu / tepung sagu
250 gm gula pasir
Penyediaan :
- Masak santan, daun limau purut, daun pandan, serai dan garam hingga mendidih dan pekat. Tapis dan ketepikan.
- Pukul kuning telur dan gula hingga kembang dan pekat. Kemudian masukkan tepung ubikayu, santan dan adunan yis.
- Kaup balik dengan spatula perlahan-lahan hingga sebati. Tutup bekas dengan plastik dan biarkan selama 2 - 3 jam hingga mengembang.
- Leser loyang dengan minyak dan panaskan di atas dapur hingga minyak panas.
- Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar di rak bawah (api bawah sahaja) pada suhu 180C selama 30 - 35 minit dengan pintu oven sedikit terbuka.
- Tukar kedudukan loyang di rak tengah dan bakar api atas dan bawah sehingga permukaan bingka kecoklatan.
- Sejukkan dahulu sebelum di potong.
NOTA : Pintu oven perlu di renggangkan sedikit kerana adunan bingka menggunakan adunan yis yang mudah hangus.
Tepung ubikayu boleh di gantikan dengan tepung sagu kerana rasanya lebih sedap.
Bingka Ambon Medan
Bingka Ambon Medan shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments:
Post a Comment