31 May 2017 0 comments

Biskut Buah Berempah

Biskut Buah Berempah -

Biskut Buah Berempah

Bahan-bahan
100 gm mentega
90 gm marjerin
250 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
120 gm gula pasir
2 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu teh rempah kek lapis (Koepoe)
100 gm buahan kering campur (rendam sebentar, tos)
Kuning telur untuk sapuan

Penyediaan :
Pukuk mentega, marjerin dan gula hingga berkrim.  Masukkan telur dan putar sebati.
Masukkan esen vanila dan buahan kering.
Masukkan tepung dan uli sebati,
Ambil sedikit adunan, bulatkan dan susun di atas dulang pembakar.
Tekan sedikit dengan garfu dan sapu dengan kuning telur.
Bakar pada suhu 160C selama 20-25 minit.

Biskut Buah Berempah


Biskut Buah Berempah shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
30 May 2017 0 comments

Kuih Tako Labu Marble

Kuih Tako Labu Marble -

Kuih Tako Labu Marble

Bahan A - Adunan Labu
300 gm isi labu kukus, lecek
100 gm tepung hunkwee
250 gm gula pasir
900 ml air
1/2 sudu teh garam

Bahan B - Adunan Santan
350 ml santan pekat
300 ml air (kisar dengan 5 helai pandan), tapis
50 gm tepung hunkwee
100 gm gula pasir
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam

Loyang 8in, alas dengan plastik tahan haba


Penyediaan :
Satukan bahan A ke dalam pengisar, kisar hingga sebati.  Masukkan ke dalam periuk ketepikan.
Satukan bahan B dan kisar sebati.  Masukkan ke dalam periuk berasingan.
Masak kedua-dua adunan serentak di dalam periuk berasingan.
Masak dengan api kecil sehingga kedua2 adunan sederhana pekat dan berkilat.
Tuang adunan A berselang seli dengan adunan B hingga habis.
Guna chopstik untuk membuat corak marble.

Kuih Tako Labu Marble


Kuih Tako Labu Marble shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
29 May 2017 0 comments

Sambal Hitam Pahang Ikan Masin Enaq

Sambal Hitam Pahang Ikan Masin Enaq -

Sambal Hitam Pahang Ikan Masin Enaq

Bahan-bahan
100 gm ikan masin
3 sudu besar sambal pahang Enaq
1/2 labu bawang besar
4 biji cili padi - potong kecil
1 sudu kecil gula
1 sudu besar perahan jus limau nipis

Penyediaan :
Cuci dan goreng ikan masin cincang hingga garing.  Toskan.
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang dan cili hingga naik bau.
Masukkan sambal pahang dan sedikit air.
Kacau rata, masukkan sedikit gula dan perahan jus limau.
Rasa masam, manis dan pedas.

Sambal Hitam Pahang Ikan Masin Enaq


Sambal Hitam Pahang Ikan Masin Enaq shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Ayam Panggang Yogurt Peri-Peri Ala Nandos

Ayam Panggang Yogurt Peri-Peri Ala Nandos -

Ayam Panggang Yogurt Peri-Peri Ala Nandos

Bahan-bahan
1kg ayam sederhana, cuci bersih
2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1/2 cawan yogurt
3 sudu besar sos peri-peri

Bahan Kisar
1/3 cawan minyak zaitun
2 tangkai cili merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam
2 sudu kecil serbuk paprika / serbuk cili
1 ikat daun ketumbar, potong

Daun Parsley / Oregano untuk taburan


Penyediaan :
Cucuk ayam dengan pisau di beberapa tempat supaya bahan perapan meresap.
Masukkan bahan kisar ke dalam pengisar dan kisar bersama minyak hingga halus.
Gaul bersama ayam, yogurt, garam, gula dan sos peri-peri.
Perap di dalam peti sejuk semalaman.
Tabur dengan daun parsley dan Panggang pada suhu 200C selama 45-50 minit.
Hidang bersama salad, kentang goreng, jagung bakar

Ayam Panggang Yogurt Peri-Peri Ala Nandos


Ayam Panggang Yogurt Peri-Peri Ala Nandos shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Kuih Ros / Kembang Goyang / Kuih Lotus

Kuih Ros / Kembang Goyang / Kuih Lotus -

Kuih Ros / Kembang Goyang / Kuih Lotus

Bahan-bahan
2 cawan tepung beras
1 cawan gula
2 biji telur A
1/2 cawan santan kotak
1/2 cawan air

Minyak untuk menggoreng
Acuan Kuih Ros
Acuan kecil bulat atau melengkung untuk membentuk kuih

Penyediaan :
Satukan semua bahan ke dalam mangkuk, whisk hingga rata dan tidak berketul.  Tapis.
Panaskan minyak, rendam acuan sehingga panas.   Adunan tidak akan melekat jika acuan tidak betul-betul panas.
Angkat acuan, goncang sedikit supaya minyak tidak meleleh di acuan.
Kemudian celup ke dalam adunan tetapi jangan sampai ke permukaan atas acuan kerana kuih akan melekat.
Goncang ringan untuk mengeluarkan adunan berlebihan.
Rendam seketika di dalam minyak, kemudian goncang ringan supaya kuih terlepas keluar.

Kecilkan sedikit api jika terlalu panas.  Goreng beberapa saat.
Apabila hampir perang, angkat menggunakan penyepit dan alihkan ke atas acuan melengkung supaya kuih membentuk bunga melengkung.  K1 menggunakan acuan cakepop sebagai dasar.

Apabila kuih telah mengeras, simpan di dalam bekas kedap udara.

Untuk Kuih Ros Coklat
Tambahkan 1 sudu serbuk coklat, kemudian tapis adunan dan masukkan 2 sudu besar bijan

Kuih Ros Coklat dan Bijan

Untuk kuih ros berwarna, tambahkan pewarna yang disukai.


Kuih Ros / Kembang Goyang / Kuih Lotus


Kuih Ros / Kembang Goyang / Kuih Lotus shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
28 May 2017 0 comments

Pulut Nangka

Pulut Nangka -

Pulut Nangka

Bahan-bahan
1 cawan beras pulut
1/2 cawan santan kotak
1/2 cawan air
3 sudu besar gula pasir
1/4 sudu teh garam
12 ulas nangka (keluarkan bijinya)

Kacang hijau tanpa kulit (sangai)
Kelapa parut muda

Penyediaan :
Cuci dan rendam beras selama 1 jam.
Kukus selama 20 minit hingga masak.  Angkat dan biarkan sejuk.
Masak santan, gula dan garam hingga gula larut.
Gaulkan bersama pulut hingga rata.
Kepal dan masukkan ke dalam nangka
Tabur kelapa parut dan kacang hijau
Hidang bersama sos santan.

Sos Santan
500ml santan sederhana pekat
1 sudu besar tepung beras
1/4 sudu teh garam
1 helai daun pandan - di simpul

Cara-cara :
Satukan semua bahan, masak hingga pekat.  Tuang ke atas pulut nangka.


Pulut Nangka


Pulut Nangka shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
27 May 2017 0 comments

Nasi Ala Kak Wok

Nasi Ala Kak Wok -

Nasi Ala Kak Wok
Sumber :  FB Rozmaliza Omar

Bahan-bahan
Nasi putih dimasak dengan daun pandan


Gulai Ayam Ala Kak Wok
4 labu bawang besar merah
5 ulas bawang putih
1 1/2 in  halia
1 1/2 in lengkuas
3 sudu besar rempah kari daging @ rempah gulai darat
2 sudu besar rempah kerutub
Carrot - dipotong 2"
Kacang panjang - dipotong 2"
Kentang potong kiub
Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha dipotong2 kecil.
Santan sederhana pekat
Garam dan gula nisan secukup rasa
1/2 kiub pati ayam

Penyediaan :
Kisar bawang merah, putih, halia dan lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi.
Rempah kari dan rempah kerutub bancuh dengan air dan gaul pada ayam. Perap sekejap.
Kemudian masukkan ke dalam bahan-bahan yang ditumis tadi.
Masukkan kentang.  Masak sampai kentang dan ayam empuk.
Masukkan santan.  Masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat.
Masukkan carrot dan kacang panjang.
Perasakan garam, gula nisan dan serbuk perasa @ kiub ayam. Masak sekejap.

Ayam Goreng Ala Kak Wok
Ayam, cuci bersih, potong kecil
Bawang putih ditumbuk lumat
Garam dan 1/2 kiub pati ayam
2 in kunyit hidup di tumbuk lumat
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk cili

Penyediaan :
Lumur ayam dengan bahan-bahan diatas dan perapkan sekejap
Goreng dalam minyak terendam sampai sederhana garing
Angkat dan toskan.

Sambal Belacan Ala Kak Wok
4 biji cili kering - direbus dahulu
6 tangkai cili padi atau ikut pedas
2 tangkai cili merah, buang biji
2 inci belacan, bakar
1 labu bawang besar
1 labu bawang putih
Gula dan garam secukup rasa
Air asam jawa

Sangai tanpa minyak, cili kering, cili padi, cili merah, bawang besar dan bawang putih hingga layu.
Kisar atau tumbuk bersama belacan hingga halus.
Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

Nasi Ala Kak Wok


Nasi Ala Kak Wok shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
26 May 2017 0 comments

Apam Labu Soya Yeo's

Apam Labu Soya Yeo's -


Berkat Dirasa Bersama – Yeo’s Ramadan

Ramadan adalah bulan yang dipenuhi rahmat dan berkat dariNya. Berkat boleh didapati atau ditafsirkan maknanya dalam pelbagai perbuatan dan pemahaman. Berkat juga boleh didapati di dalam setiap hubungan yang baik seperti keluarga, rakan-rakan, atau dalam setiap rasa syukur yang dipanjatkan di atas rezeki makan dan minum, juga sebagai tangan yang menghulurkan kepada mereka yang memerlukan. Berkat, dari sebesar-besar makna atau sekecil-kecil perbuatan adalah lahir dari rasa syukur kepada yang Esa.

Hari ini 27 May 2017, semua umat Islam mula menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia.  Antara juadah pemanis mulut yang menjadi kegemaran berbuka adalah kuih muih.  Apa kata kita amalkan berbuka dengan kuih muih yang lebih berkhasiat menggunakan Susu Soya Yeo's. Membuat kuih muih sendiri adalah lebih baik dari membeli di pasar malam kerana terjaga kebersihannya dan terjamin kesegarannya.

Untuk kuih muih Ramadan ini cubalah Apam Labu Soya Yeo's yang berkhasiat dan menyihatkan kerana ia menggunakan ramuan dari buah labu dan susu soya menggantikan santan.  Amalkan cara hidup sihat sepanjang masa terutama di bulan Ramadan ini :D

Apam Labu Soya Yeo's

Bahan A
125 gm isi labu kukus
1 biji telur
60 gm gula pasir
100 ml susu soya Yeo's
30 ml minyak sayur
1/2 sudu kecil yis segera

Bahan B - Ayak
160 gm tepung gandum
40 gm tepung beras
1 sudu teh baking powder


Penyediaan :
Panaskan pengukus, masukkan acuan lompang dan panaskan sebentar.
Masukkan semua bahan A ke dalam pengisar, kemudian kisar hingga sebati.
Kemudian masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan kisar hingga rata.  Tapis ke dalam jug kecil.
Tutup dengan plastik dan rehatkan adunan selama 15 minit.


Tuang 3/4 penuh ke dalam acuan lompang atau paper cup, tabur bijan jika suka.
Kukus dengan api yang besar selama 15 minit atau sehingga masak.


Apam Labu Soya Yeo's


Berkat di rasa Bersama, adalah lebih bermakna kerana kita gandakan kebaikannya Bersama mereka yang ada disekeliling kita. Yeo’s Malaysia ingin mengambarkan Ramadan sebagai bulan yang penuh Berkat dan cara terbaik untuk menikmatinya adalah dengan dirasai Bersama. Jadi gandakan rasa itu dengan berkongsi minuman Yeo’s di bulan Ramadan yang mulia ini!


Apam Labu Soya Yeo's shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Jus Soya Kurma Yeo's

Jus Soya Kurma Yeo's -

Jus Soya Kurma Yeo's
Sumber :  Teratak Mutiara

Bahan-bahan
1 kotak (250ml) Soya Yeo's
3 biji kurma, buang biji
Ketulan ais secukupnya

Penyediaan :
Tuang susu soya dan kurma ke dalam pengisar dan kisar halus.
Tuang ke dalam gelas dan tambah ketulan ais.
Sedia di minum.


Jus Soya Kurma Yeo's


Jus Soya Kurma Yeo's shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
24 May 2017 0 comments

Telur Dadar Terung Bakar

Telur Dadar Terung Bakar -

Telur Dadar Terung Bakar

Bahan-bahan
4 biji terung panjang kecil
2 biji telur
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1 tangkai daun bawang, cincang
1/2 biji cili merah, cincang
1 sudu besar mentega

Penyediaan :
Panggang terung hingga lembut.  Sejukkan dan buang kulit luarnya.  Lenyek sedikit isinya.
Pecahkan telur, masukkan garam dan serbuk lada sulah.  Kocok rata.
Masukkan hirisan daun bawang dan cili merah.
Panaskan mentega di dalam kuali, celup terung satu persatu ke dalam telur dan letakkan di dalam kuali.
Kemudian tuang baki telur hingga rata.
Tutup kuali dan masak dengan api sedang hingga permukaan telur atas kering.
Apabila kering, ambil pinggan dan terbalikkan telur tadi.
Kemudian terbalikkan semula ke dalam kuali dan biarkan sebentar hingga bahagian atas telur masak.

Telur Dadar Terung Bakar


Telur Dadar Terung Bakar shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Ikan Masak Cuka / Ikan Masak Acar

Ikan Masak Cuka / Ikan Masak Acar -

Ikan Masak Cuka / Ikan Masak Acar
Sumber :  Dari Dapur Aida

Bahan-bahan
2 keping ikan tenggiri, cuci dan toskan
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam

Lumur dengan ikan dan biarkan sebentar.  Goreng jangan terlalu garing supaya tidak keras.
Angkat dan toskan.

Rempah Tumis
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 sudu teh biji sawi

Bahan Acar
1/2 inci halia, hiris halus
7 biji bawang merah kecil, belah 2 setiap 1
5 ulas bawang putih, belah 2 setiap 1
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar cuka
1/3 cawan air
1 sudu besar gula1 biji timun, kerat 3, buang empulur dan hiris panjang
1 biji cili merah, kerat 3, buang biji dan hiris panjang
1 biji cili hijau, kerat 3, buang biji dan hiris panjang
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula pasir

Penyediaan :
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan-bahan tumis hingga wangi.
Masukkan halia, bawang putih  dan bawang merah. Masak hingga bawang layu.
Masukkan serbuk kunyit, kacau rata. Tuang cuka, kacau dan masukkan air. Biar mendidih.
Masukkan timun dan masak hingga timun lembut sedikit. Masukkan cili merah, cili hijau dan ikan goreng. Kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.  Masak hingga pekat.

Ikan Masak Cuka / Ikan Masak Acar


Ikan Masak Cuka / Ikan Masak Acar shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
22 May 2017 0 comments

Bubur Labu Yogurt - Nestlé Yogurt

Bubur Labu Yogurt - Nestlé Yogurt -

Dessert - Bubur Labu Yogurt

Bahan-bahan


Masa :  20 minit

Penyediaan :
  1. Satukan labu, air dan daun ke dalam periuk, masak hingga mendidih dan labu empuk.
  2. Tutup api, ketepikan sebahagian isi labu.  Sebahagian lagi biarkan di dalam periuk bersama air rebusannya.
  3. Masukkan labu yang di ketepikan tadi ke dalam mangkuk hidangan.  Ketepikan.
  4. Kembalikan periuk ke atas dapur, masukkan gula dan garam.  Masak hingga gula larut.
  5. Kemudian masukkan susu cair.  Biarkan mendidih sebentar.
  6. Angkat, keluarkan daun pandan dan masukkan kesemuanya ke dalam pengisar.
  7. Masukkan yogurt dan kisar hingga halus.
  8. Tuang ke dalam mangkuk hidangan berisi isi labu tadi.
  9. Sedia di hidang panas atau dingin.


Bubur Labu Yogurt

Bahan yang di ganti
325 ml santan di ganti dengan 200 ml susu cair dan 125 ml yogurt

Bubur Labu Yogurt - Nestlé Yogurt shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
21 May 2017 0 comments

Kuih Bakar Yogurt Crabstick - Nestlé Yogurt

Kuih Bakar Yogurt Crabstick - Nestlé Yogurt -

Kuih Bakar Yogurt Crabstick - Nestlé Yogurt

Bahan A
140 gm tepung gandum
3 biji telur Grade A
125 ml susu cair
125 ml Nestle Natural Yogurt
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada putih

Bahan B
3 crabstick - potong 2
1/4 cawan sayuran campur sejuk beku
1 tangkai daun bawang atau daun sup, hiris halus

Acuan Muffin, gris dengan minyak
Menghasilkan 6 biji
Masa :  25 minit

Penyediaan :
Panaskan oven pada suhu 200C.  Panaskan acuan muffin selama 10 minit.
Satukan semua bahan A, kacau rata dan tapis ke dalam jug kecil.
Keluarkan acuan muffin dari oven.  Tuang 1/2 adunan ke dalam acuan.
Cucuk crabstick di tengahnya dan tabur dengan sayur campur.
Tuang baki adunan hingga penuh dan tabur dengan hirisan daun bawang dan daun sup.
Bakar selama 15 - 20 minit hingga masak.

Ramuan yang di ganti :  250 ml santan
di ganti dengan 125 ml susu dan 125 ml yogurt





Kuih Bakar Yogurt Crabstick - Nestlé Yogurt shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
19 May 2017 0 comments

Sagun Nestum

Sagun Nestum -

Sagun Nestum

Bahan-bahan
1 biji kelapa parut
3/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung pulut
1 cawan nestum cereal
1/2 sudu teh garam
1/3 cawan gula kaster

Kertas pembalut hadiah - di gulung

Menghasilkan 12 roll

Cara-cara
Sangai tanpa minyak kelapa parut sehingga ringan dan sedikit perang.
Kemudian masukkan tepung beras dan tepung pulut.
Sangai dengan api perlahan hingga garing dan berderap bila di kacau.
Tutup api dan masukkan nestum.  Gaul hingga rata.
Sejukkan dulu,  kemudian gaul dengan gula kaster.
Kemudian masukkan ke dalam pengisar kering dan kisar halus.
Untuk membungkus, bulung kertas pembalut hadiah, ikat hujungnya dengan reben, kemudian masukkan sagun di bahagian hujung bawah hingga penuh,
Rapikan lipatan gulungan supaya sagun tidak terkeluar.
Sagun Nestum


Sagun Nestum shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
18 May 2017 0 comments

Bebola Pulut Yeo’s Teh Krisantimum

Bebola Pulut Yeo’s Teh Krisantimum -


Ramadan adalah bulan yang dipenuhi rahmat dan berkat dariNya.  Berkat boleh didapati atau ditafsirkan maknanya dalam pelbagai perbuatan dan pemahaman.
Berkat juga boleh didapati di dalam setiap hubungan yang baik seperti keluarga, rakan-rakan, atau dalam setiap rasa syukur yang dipanjatkan di atas rezeki makan dan minum, juga sebagai tangan yang menghulurkan kepada mereka yang memerlukan.  Berkat, dari sebesar-besar makna atau sekecil-kecil perbuatan adalah lahir dari rasa syukur kepada yang Esa.

Teh Krisantimum Yeo’s menjadi minuman yang menyegarkan di minum begitu saja samada sejuk atau panas.  Malah boleh di jadikan makanan yang menyihatkan untuk berbuka nanti.   Bebola Pulut Yeo’s Teh Krisantimum memberi kecergasan dan kesegaran dengan tambahan aroma halia, serai dan daun pandan.  Bebola pulut memberi penambah tenaga yang di perlukan setelah seharian berpuasa.

Bebola Pulut Yeo’s Teh Krisantimum

Bahan A


Bahan B



Cara-cara :
  1. Masukkan bahan A ke dalam periuk, masak hingga mendidih dan gula larut.  Ketepikan.
  2. Gaul bahan B kecuali pewarna hingga menjadi doh yang lembut.  Bahagikan kepada 3 bahagian dan beri pewarna yang di sukai.  Gentel menjadi bebola kecil.


Didihkan air yang banyak, rebus bebola tadi hingga terapung di permukaan air.

Angkat dengan senduk berlubang, tos dan masukkan ke dalam bahan A tadi.
Sedia di hidang panas atau sejuk.


YEO’S - Bebola Pulut Yeo’s The Krisantimum

"Sangat mudah, cubalah :)"


Berkat di rasa Bersama, adalah lebih bermakna kerana kita gandakan kebaikannya Bersama mereka yang ada disekeliling kita.


Yeo Hiap Seng (Malaysia) Bhd “Yeos’s” ingin mengambarkan Ramadan sebagai bulan yang penuh Berkat dan cara terbaik untuk menikmatinya adalah dengan dirasai Bersama.  Jadi gandakan rasa itu dengan berkongsi minuman Yeo’s di bulan Ramadan yang mulia ini!




Bebola Pulut Yeo’s Teh Krisantimum shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
15 May 2017 0 comments

Kuih Belimbing Nestum

Kuih Belimbing Nestum -

Kuih Belimbing Nestum

Bahan-bahan
240ml air
50gm mentega
25gm gula kaster
60gm tepung gandum
50gm nestum cereal, kisar halus
1 biji telur A, kocok ringan
Minyak untuk menggoreng

Salutan 
100gm nestum, kisar halus
50gm gula perang

Masukkan ke dalam plastik dan goncangkan sehingga bercampur.

Penyediaan :
Satukan tepung dan nestum.  Gaul rata, ketepikan.
Satukan air, mentega dan gula di dalam periuk.  Masak hingga mendidih.
Tutup api, masukkan tepung dan kacau segera sehingga menjadi segumpal doh.

Biarkan seketika sehingga doh sejuk.
Kemudian masukkan telur dan kacau dengan spatula hingga sebati dan menjadi doh yang lembut.

Masukkan ke dalam piping bag yang di pasang dengan nozzle bergerigi.
Panaskan minyak, picit doh sepanjang 1 inci, potong hujungnya dengan gunting.

Goreng hingga keperangan.
Toskan dan masukkan ke dalam plastik berisi salutan, gocangkan sehingga bersalut rata.
Sedia di hidangkan bersama sos coklat atau di makan begitu saja.

Kuih Belimbing Nestum


Kuih Belimbing Nestum shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;