Steak Daging Mudah -
Steak Daging Mudah
Bahan-bahan
4 potong daging steak 1 1/2in tebal
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk bawang putih
1 sudu besar minyak zaitun
Daging di ketuk sedikit kelilingnya dengan hulu pisau, kemudian taburi garam, serbuk lada di kedua belah hingga rata. Rengis sedikit minyak dan perap selama 1 jam.
Panggang di dalam oven atau di atas bara api hingga separa masak (medium well) atau sepenuh masak (well done).
Cadangan Hidangan
Kentang Goreng
Kentang Putar
Brocoli / Jagung / Carrot / Kacang Buncis
Sos lada hitam
Sos Lada Hitam / Black Pepper Sauce
Bahan-bahan
2 sudu besar mentega
3 ulas bawang putih dicincang
3 sudu besar lada hitam dikisar
2 cawan air rebusan ayam
1/2 tin cendawan butang dikisar
3 sudu besar HP sos @ sos perang
1 sudu besar kicap hitam
1 sudu kecil Westershire Sos
1/2 cawan krim masakan
Garam dan gula sebagai perasa
Cara-cara
- Panaskan mentega di dalam kuali, tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan lada hitam, kacau sebentar, masukkan air rebusan ayam, cendawan kisar, hp sos, westerhire sos dan biar ia mendidih, masukkan krim masakan, gula dan garam sebagai perasa.
- Sekiranya ingin sos kelihatan hitam dan agak gelap, masukkan 1 sudu besar kicap hitam. Apabila telah mendidih dan pekat matikan api. Boleh tambah air panas jika sos agak pekat.
Kentang Putar / Mashed Potato
Bahan-bahan
3 biji kentang (kupas, potong dan rebus hingga empuk)
1 sudu besar di cairkan
1/4 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil serbuk lada putih / hitam
3 sudu besar susu segar
Cara-cara
- Rebus kentang hingga empuk. Toskan dan lecek ketika masik panas hingga halus.
- Masukkan mentega cair dan susu sedikit demi sedikit hingga campuran lembut dan licin.
- Tambah garam dan serbuk lada sulah.
Steak Daging Mudah
Steak Daging Mudah shared from Resipi Citarasawan
Republish by
The CC Resepi